Berita Auto

Honda City Hatchback V-SENSING Dilancarkan – RM91,708

Honda Malaysia hari ini melancarkan varian baharu dalam barisan City Hatchback iaitu City Hatchback V-SENSING. Ditawarkan pada harga RM91,708.51, ia merupakan varian kedua yang dilengkapi dengan sistem keselamatan Honda SENSING selepas RS e:HEV.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata City V-SENSING yang dilancarkan pada November 2021 diterima baik dalam segmennya dengan sumbangan jualan sebanyak 34% kepada jualan keseluruhan City pada suku pertama 2022.

Honda City Hatchback V

“Kini kami teruja untuk memperkenalkan varian V-Sensing kepada City Hatchback serba baharu. Kami percaya dengan dua varian City Hatchback kini dengan Honda SENSING, ia akan memberi nilai tambah kepada pelanggan kami dan juga meningkatkan penanda aras dalam segmen ini,” tambah beliau.

Dibangunkan untuk mencapai visi mobiliti masyarakat sifar pelanggaran dengan menggunakan kamera sudut luas, Honda SENSING merangkumi ciri-ciri bantuan keselamatan canggih seperti berikut:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Dibangunkan berasaskan varian V, City Hatchback V-SENSING dikuasakan oleh enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi jenis CVT. Enjin tersebut menghasilkan 121 PS dan 145 Nm.

Varian ini juga dilengkapi dengan lampu LED dengan lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED, spoiler tailgate, lampu belalang LED dan rim aloi berukuran 16 inci.

Honda City Hatchback V

Di dalam, terdapat paparan audio berukuran lapan inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, serta paparan meter TFT berukuran tujuh inci. Praktikaliti disediakan menerusi kerusi Ultra Seats yang mempunyai empat mod iaitu Utility, Long, Tall dan Refresh.

Akhir sekali, sistem keselamatan merangkumi Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Emergency Stop Signal (ESS), Hill Start Assist (HSA), ISOFIX I-SIZE, Rear Seatbelt Reminder dan enam beg udara. Sistem kamera LaneWatch turut disertakan.

Previous post

Mazda CX-60 SUV Membuat Penampilannya Menyaingi BMW X3 PHEV

Next post

AHTV Di Tg Malim Bantu Pacu Industri Automotif Negara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *