Berita Auto

Bank Muamalat Tawar Skim Pembiayaan Berperingkat Untuk Kereta Proton, Mitsubishi

Bank Muamalat Malaysia telah melancarkan ‘Muamalat Step-Up Auto Financing-i’, skim pembiayaan kenderaan berperingkat yang menawarkan pembiayaan kereta mampu milik dengan ansuran yang lebih rendah untuk tiga tahun pertama.

Bertujuan membantu pelanggan mengurangkan beban aliran tunai pembiayaan awal, skim ini adalah eksklusif untuk kereta jenama Mitsubishi dan Proton di bawah pengedar rangkaian Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) sahaja.

Program ini menawarkan penyelesaian pembiayaan kenderaan mampu milik kepada semua segmen pasaran, sama ada kepada pelanggan muda untuk kereta pertama, mereka yang perlu menukar kereta, atau mereka yang ingin membeli kereta lain.

Proton X70 Edisi Khas (SE)

Nilai yang lebih baik juga terjamin untuk semua pelanggan, kerana dengan kerjasama myTukar, mereka boleh menjual semula kenderaan tersebut pada penghujung tempoh tiga tahun pada harga yang dipersetujui pada awal pemilikan.

Bergantung kepada tempoh pembiayaan, iaitu sama ada lima, tujuh atau sembilan tahun, ansuran bulanan di bawah Muamalat Step Up Auto Financing-i boleh mencapai sehingga 33 peratus lebih rendah berbanding pembiayaan konvensional.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, Muamalat Step Up Auto Financing-i ini adalah Pembiayaan Kenderaan Muamalat-i (MVF-i) di bawah konsep Syariah Murabahah.

“Ia berbeza dengan pelan pembiayaan kenderaan konvensional yang memerlukan pelanggan membayar ansuran bulanan yang sama sepanjang tempoh pembiayaan. Tawaran ansuran yang lebih rendah boleh membantu pelanggan mengurangkan beban aliran tunai mereka, dan boleh membuat simpanan serta mempunyai wang tunai berlebihan untuk pelaburan dan tujuan lain,” kata Khairul.

Selepas tiga tahun pemilikan, pelanggan boleh memilih sama ada untuk meneruskan pembayaran bulanan pada kadar baharu, atau menukar dan menjual semula kenderaan tersebut untuk unit baharu melalui myTukar, yang menawarkan jaminan nilai jualan semula yang tinggi. Pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar kereta mereka, menaik taraf kepada yang lebih baharu atau menerima pulangan tunai untuk kereta mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial berkata pelancaran skim pembiayaan inovatif sebegini akan dapat memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan lebih nilai dan penyelesaian bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.

“Sebagai pengendali rangkaian Mitsubishi dan Proton terbesar di seluruh negara, EON berupaya menawarkan pelbagai jenis kereta daripada dua jenama terkenal ini kepada pelanggan kami melalui semua cawangan EON. EON menawarkan dua model Mitsubishi dan enam model Proton untuk pilihan pelanggan menyertai skim ini,” kata Akkbar.

Previous post

Proton Akan Melancarkan SATU LAGI Saga Yang Dikemaskini Tidak Lama Lagi.

Next post

Jangan Keluarkan RM10k Daripada KWSP Untuk Membeli Kereta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *