Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Anda Sudah Bosan Dengan Rupa Asal Ford Ranger Anda?

Inginkan rupa dan penampilan Ford F150 untuk Ford Ranger atau Ford Ranger Raptor anda?

Jika anda sudah memiliki Ford Ranger atau Ford Ranger Raptor anda selama beberapa tahun dan kini anda rasa sudah tiba masanya untuk upgrade sikit. Mau kasi bergaya sikit. Terutama sekali Raya dah nak dekat ni. Jangan malu, jangan segan. Kenapa tidak, naik taraf gaya Ford Ranger / Raptor anda menjadi Ford F150 Raptor yang sangat diminati ramai?

Ya, memang ramai diantara pemilik trak pikap yang tidak pernah menjelajah off-road. Habis kuat mereka naik turun bahu jalan untuk parking di pasar tani, pasar malam, funfair, upacara keramaian dan lain lain. Trak pikap mereka bersih, berkilat dan bergaya. Ada pula yang selalu pergi off-road dan trak pikap mereka berlumuran dengan lumpur. Kedua-dua kumpulan dengan citarasa mereka masing-masing. Tidak ada yang salah. Dimata mereka yang suka kilat, cantik. Dimata mereka yang sukakan lumpur, pun cantik. Bagaikan peribahasa,

Tebu pada awak,
     peria pada teman.

Ini peluang untuk mereka yang suka gaya, kilat dan bling. Ya, ada satu syarikat ni yang menjual F150 Raptor bodykit khusus untuk dipasangkan kepada Ford Ranger anda.

Mereka boleh supply dan pasang body kit tersebut, cat, rim, tayar dan lain lain. Ini bukan calang-calang punya body kit. Ini bodykit berharga dari RM19,888 ke atas.

Hubungi Desways Enterprise untuk maklumat lanjut.

http://api.whatsapp.com/send?phone=60149222760
http://api.whatsapp.com/send?phone=6012635532

** Terms & Conditions APPLY **

Tentang Ford Raptor

Asal-usul nama Raptor terletak di Amerika Utara, di mana Ford telah menggunakannya pada trak pikap berprestasi tinggi dan kenderaan utiliti sejak F-150 SVT Raptor generasi pertama, yang dioptimumkan untuk prestasi off-road berkelajuan tinggi.

Ranger Raptor yang dibangunkan Ford Performance mengembangkan lencana Raptor ke pasaran global yang lain pada 2018, termasuk kepada khalayak baharu peminat trak off-road tegar di Eropah.

Januari lalu, Ford Performance telah mengumumkan SUV berprestasi Bronco Raptor dan pelumba padang pasir Bronco DR edisi terhad di Amerika Utara.

Ford juga baru-baru ini membuktikan kelayakan perlumbaannya yang lasak dalam era elektrik Kejuaraan Rali Dunia FIA; juara sembilan kali Sébastien Loeb dan co-driver Isabelle Galmiche meraih kemenangan di Rali Monte Carlo yang ikonik dalam kereta M Sport Ford Puma Hybrid Rally.

Previous post

Toyota Vios Generasi Baharu Bakal Guna Platform DNGA

Next post

Kes Korban Basikal Lajak - Masih Ramai Yang Berdebat. Siapa Yang Salah?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.