Insuran / Waranti

Allianz, Bateriku Jalin Kerjasama Tawar Insurans Kepada B40

Pelanggan Bateriku.com yang sedia ada dan baharu dari kumpulan B40 kini boleh mendapatkan pelan perlindungan Allianz PerlindunganKu dengan menggunakan Baucar Perlindungan Tenang (BPT) mereka yang diberikan menerusi inisiatif Perlindungan Tenang yang diumumkan oleh kerajaan.

Di bawah inisiatif Perlindungan Tenang, penerima B40 yang layak akan mendapat baucar (yang telah dinaikkan daripada RM50 sebelum ini kepada RM75) untuk membeli pelan insurans atau takaful mampu milik daripada pembekal insurans dan takaful.

Boleh didapati dengan premium bermula dari hanya RM50, pelan Allianz PerlindunganKu oleh Allianz General menawarkan perlindungan untuk kematian atau hilang upaya kekal, dan kemasukan ke hospital. Selain itu, mereka yang mendaftar sekarang akan menikmati perlindungan COVID-19 percuma yang merangkumi manfaat kematian RM10,000 akibat COVID-19 atau kesan sampingan vaksin COVID-19, serta pendapatan hospital sebanyak RM50 sehari untuk rawatan COVID-19 sehingga maksimum 30 hari setahun.

“Sepanjang dua tahun ini, kita telah menyaksikan rakyat Malaysia kurang diinsuranskan. Sebagai penanggung insurans, fokus kami adalah untuk terus mencari cara yang boleh dilakukan bagi menutup jurang perlindungan,” kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad.

“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat menjangkau bahagian segmen yang lebih besar bukan hanya untuk menawarkan mereka penyelesaian insurans tetapi pada masa yang sama untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan dan menggalakkan mereka untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya,” tambah Sean, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku (M) Sdn Bhd Azarol Faizi Zakaria Ansari berkata, “Kini Bateriku.com telah berkhidmat kepada lebih sejuta pelanggan di seluruh negara dan ini telah direalisasikan oleh model berdasarkan permintaan kami, yang didorong oleh kemampuan teknologi kami, pusat hubungan 24/7/365, lebih daripada 100 buah kedai dan ekosistem inklusif kami.”

“Kami sangat teruja menerusi kerjasama dengan Allianz General ini untuk menyediakan perkhidmatan dengan nilai tambahan untuk bukan sahaja pelanggan sedia ada tetapi juga bakal pelanggan kami, serta petugas barisan hadapan kami di Semenanjung dan Malaysia Timur. Sebagai penyedia Bantuan Tepi Jalan Berhubung yang terbesar, kami harus selalu mencari cara untuk melindungi petugas barisan hadapan kami:Bhero, BPreneur dan BBuddy,” tambah Azarol.

Previous post

Honda e:NS1, HR-V Elektrik, Mula Dijual Di China

Next post

Tonton Filem Hari Raya 2022 UMW Toyota, ‘Kota Raya’

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *