Berita Auto

2 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuhraya Menjelang Hari Raya

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lonjakan jumlah trafik daripada 1.6 juta kepada 2.0 juta kenderaan ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail menyarankan orang ramai supaya membuat perancangan awal dan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka daripada terperangkap dalam kesesakan trafik, terutamanya pada hari-hari akhir Ramadan.

“Pada hari-hari puncak bermula 29 April hingga 9 Mei, jumlah trafik harian boleh meningkat sebanyak 25 peratus kepada 2 juta kenderaan sehari berbanding 1.6 juta sehari pada ketika ini. Oleh itu, kami menyarankan agar orang ramai supaya membuat perancangan awal dan pulang ke kampung lebih awal,” katanya.

Sehubungan dengan itu, PLUS akan turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh yang terdekat ini bagi membantu orang ramai merancang perjalanan Balik Kampung dan Balik Kota masing-masing pada musim perayaan ini.

Tambah Azman lagi, pasukan operasi lebuhraya PLUS juga telah bersiap-siaga dan bersedia untuk membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan tahun ini.

“Ia melibatkan pendekatan yang holistik yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai. Pelan persediaan operasi lebuhraya tersebut akan diumumkan kemudian,” kata beliau.

Previous post

MITI Menjelaskan Garis Panduan Mengimport Kenderaan Elektrik Baharu dan Terpakai

Next post

Hyundai Palisade Facelift Debut

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *