Berita Auto

Volvo XC40 Recharge Pure Electric Yang Di Tunggu-Tunggu Sudah Tiba

Volvo XC40 Recharge Pure Electric kini di Malaysia.

Volvo Car Malaysia secara rasminya telah melancarkan XC40 Recharge Pure Electric hari ini. Ianya adalah versi SUV kompak popular mereka yang menggunakan 100% kuasa elektrik. Walaupun Volvo Car di belakang Hyundai dan Mercedes-Benz dari segi memperkenalkan kenderaan elektrik ke negara ini, mereka adalah jenama pertama yang memasang kenderaan elektrik mereka di dalam negara kita. Mereka juga akan turut mengeksport XC40 Recharge Pure Electric ke pasaran ASEAN yang lain.

Perlu diingat juga bahawa ini bukan model 2022 yang dikemas kini dan mempunyai fasia hadapan 2020 yang asal.

Versi Volvo XC40 Recharge Pure Electric yang akan diperkenalkan di Malaysia ialah varian Twin Motor yang mampu mengembalikan jarak sejauh 418km dengan cas penuh berkat bateri ion litium 75kWh. SUV elektrik pacuan semua roda ini memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.9 saat sahaja hasil gabungan output 408 kuasa kuda dan 660Nm tork.

Harga crossover elektrik Volvo baharu ini hanya akan diumumkan pada 4 April 2022. Volvo Car Malaysia juga telah menetapkan matlamatnya: 75% jualan kereta elektrik tulen di Malaysia menjelang 2025. Mereka akan melakukan ini dengan melancarkan kereta baharu setiap tahun.

Berikut ialah siaran media Volvo Car Malaysia dengan lebih maklumat.

KENYATAAN MEDIA

Volvo Car Malaysia secara rasminya melangkah ke masa depan elektrik sepenuhnya dengan pengenalan model kenderaan elektrik (EV) penuh, XC40 Recharge Pure Electric untuk pasaran Malaysia. Usaha ini adalah sebahagian daripada wawasan global Volvo untuk menjadi syarikat elektrik sepenuhnya menjelang 2030. Hingga ke hari ini, Volvo merupakan satu-satunya pengeluar automotif di Malaysia dengan pemasangan tempatan (CKD) rangkaian hibrid plug-in (PHEV).

Semasa sidang media pelancaran XC40 Recharge Pure Electric, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump turut membuat beberapa pengumuman besar seperti berikut:

  • Volvo Car Malaysia menyasarkan untuk menjadi jenama kereta mewah elektrik terkemuka di Malaysia;
  • Mulai 2022, Volvo Car Malaysia akan melancarkan satu model kenderaan elektrik (EV) baru setiap tahun;
  • XC40 Recharge Pure Electric adalah EV pertama Volvo di Malaysia;
  • Volvo Car Malaysia adalah jenama kereta mewah pertama di negara ini yang membuat pemasangan tempatan EV dalam bentuk unit CKD;
  • Harga XC40 Recharge Pure Electric akan diumumkan pada 4 April 2022, di mana pelanggan boleh menempah secara dalam talian pada hari yang sama
  • Penghantaran XC40 Recharge Pure Electric akan bermula pada penghujung April 2022;
  • Harga mudah (hassle-free) untuk XC40 Recharge Pure Electric di seluruh Malaysia;
  • Volvo Car Malaysia akan mula mengeksport kenderaan elektrik ke pasaran dalam rantau ASEAN tidak lama lagi.

Volvo Car Malaysia menyasarkan untuk mempercepatkan transformasinya ke arah elektrifikasi dengan sumbangan 75% daripada barisan kenderaan elektrik penuhnya menjelang 2025. Menerusi cita-cita tinggi ini, Volvo menyasarkan untuk menjadi pengeluar kereta EV premium terkemuka di Malaysia. Bagi memulakan langkah terbarunya ke arah elektrifikasi, Volvo Car Malaysia telah memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, kereta elektrik penuhnya yang pertama.

Pengarah Urusan Volvo Var Malaysia, Charles Frump berkata, “Volvo Car Malaysia bersedia untuk melaksanakan rancangan global Volvo ke arah mengeluarkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030, bermula dengan pelancaran XC40 Recharge Pure Electric pada hari ini. XC40 Recharge Pure Electric hanyalah salah satu daripada pelbagai inisiatif kami untuk menggalakkan para pengguna menggunakan kenderaan elektrik ke arah masa depan yang lebih lestari. Menjelang pertengahan dekad, kami menyasarkan untuk mengurangkan keseluruhan pelepasan kitaran hayat CO2 bagi setiap kereta sebanyak 40 peratus. Untuk mencapai usaha ini, ia lebih daripada sekadar mengurangkan pelepasan paip ekor melalui elektrifikasi tetapi juga melibatkan pengurangan pelepasan CO2 merentasi operasi dan rantaian bekalan kita.

Dibina di atas platform SUV premium kecil XC40, XC40 Recharge Pure Electric menampilkan penjana kuasa pacuan semua roda elektrik sepenuhnya yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 418 km* sekali caj. Pengenalan XC40 Recharge Pure Electric menandakan kejayaan Volvo Car Malaysia, dalam usahanya ke arah menjadi syarikat neutral-iklim menjelang 2040.

Meneruskan pencapaian bersejarah Volvo Car Malaysia, XC40 Recharge Pure Electric bagi pasaran Malaysia adalah unit CKD pemasangan tempatan. Syarikat automotif premium itu juga akan mengeksport kenderaan elektrik sepenuhnya ke pasaran dalam rantau ASEAN tidak lama lagi. Dengan keupayaannya memasang kereta elektrik penuh menerusi kilang pemasangan tempatan miliknya sendiri, Volvo Malaysia akan melancarkan satu model kenderaan elektrik baru di Malaysia pada setiap tahun untuk tempoh lima tahun akan datang.

Volvo XC40 Recharge Pure Electric akan dipamerkan di semua pengedar sah Volvo di Malaysia mulai 4 April 2022. Penghantaran XC40 Recharge Pure Electric akan bermula pada penghujung April 2022 dan seterusnya, untuk semua lokasi di seluruh Malaysia. Para pembeli yang berminat boleh menempah pandu uji melalui  www.volvocars.com/my

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti  Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG.

Previous post

Jualan Geely Turun 46% Pada Februari

Next post

Audi Q6 Debut Di China Dan Lebih Besar Daripada Q7

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.