Berita Auto

Toyota Supra Dengan Manual 6 Kelajuan Akan Datang Tahun Ini

Persoalannya, siapakah yang akan beli Supra pacuan manual ini?

Sejak tiga tahun lalu terdapat permintaan daripada pembeli kereta di banyak negara berbeza untuk Toyota Motor Corporation mengeluarkan Supra dengan kotak gear ‘manual’. Jadi, mengapa pihak pengurusan Toyota memutuskan untuk mengetepikan Supra versi manual dari masa pelancaran?

Well, menurut ketua jurutera Toyota Tetsuya Tada, Supra dengan kotak gear manual akan “berasa teruk” disebabkan oleh tork enjin yang tinggi. Ini kerana enjin 3.0 Turbocharged inline-6 daripada BMW menghasilkan tork 500 Newton meter. (Ya, sekiranya anda tidak tahu, Supra terbaharu ini adalah kereta sukan usaha sama dengan BMW dan menggunakan drivetrain Z4).

Inilah sebab mengapa versi terbaharu Supra dikeluarkan oleh Magna Steyr di Austria dan kereta sukan Jepun ini tersedia dengan dua power-plant dari BMW.

Bahkan, semasa Supra dilancarkan di Malaysia, terdapat beberapa permintaan daripada media yang hadir untuk versi manual (hakikatnya, tidak akan ada seorang media pun yang akan membeli versi manual tetapi tetap akan meminta satu) sedangkan fakta umum bahawa apabila ia masuk ke bilik pameran, minat pembeli untuk pacuan manual sedikit sekali kerana umumnya kebanyakan pembeli kereta sport dan juga supercar mahukan kereta automatik dan itulah sebabnya Ferrari, Lamborghini dan juga McLaren menjual kereta mereka dengan kotak gear automatik sahaja.

Bila Mazda mula-mula menjual MX-5 semasa, ia adalah automatik yang paling banyak dijual dan hanya sebahagian kecil daripada versi manual telah dibeli.

Jadi, kita semua sudah bersedia untuk kereta sport Toyota pemenang anugerah ini untuk mendapatkan kotak gear manual, tetapi adakah ia akan menjadi model yang cepat dijual di bilik pameran? Inilah yang anda akan dapat untuk RM570,000 anda:  enjin 3-liter pengecas turbo in-line 6-silinder yang menghasilkan kuasa 340 PS dan tork puncak 500 Nm, susun atur pacuan roda belakang, transmisi automatik 8-kelajuan yang ditala sukan , 0-100km/j hanya dalam 4.3 saat, pengagihan berat 50:50 yang terbukti sempurna, Adaptive Variable Suspension dan Electronically Controlled Limited Slip Differential (LSD Kawalan Secara Elektronik), rim aloi forged 19-inci ringan, Paparan Heads-Up, tempat duduk sport larasan elektrik dengan power lumbar support; cermin pandang belakang elektrokromatik; dan sistem audio JBL 12 pembesar suara. Banyak juga peralatan untuk kereta sport.

Ini bermakna anda mendapat prestasi tanpa mengorbankan kemewahan dan kemudahan.

Jadi, buat masa ini Toyota sudah mengesahkan bahawa versi manual 6-kelajuan Supra terbaharu akan dihasilkan dan jualan akan bermula di Amerika Utara dan Eropah tahun ini.

Previous post

MAN TGX Dilancarkan Di Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia

Next post

Maserati Boomerang Debut 50 Tahun Lalu Tetapi Tidak Pernah Dilancarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *