Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

StarrTrek Carriers Lancar Semi-Trailer Bertutup Untuk Pasaran Malaysia

Starrtrek Carriers Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan semi-trailer bertutup Auriga Deluxe 122 dan semi-trailer Blizzard ke pasaran logistik automotif Malaysia.

Menurut syarikat itu, ruang bertutup Auriga Deluxe boleh memberi perlindungan tambahan kepada kenderaan yang dibawa daripada cuaca yang tidak menentu serta lantunan batu di sepanjang perjalanan.

Sementara itu, Blizzard pula tidak bertutup namun rekaan inovatifnya menghasilkan ruang yang lebih luas untuk membawa lebih banyak beban bagi setiap perjalanan berbandingan kebanyakan semi-trailer di negara ini.

Kedua-duanya dilengkapi dengan sistem hidraulik untuk membantu mengangkat dan menurunkan muatan dengan kendalian minimum. Keluli ringan dan tahan lasak yang digabungkan dengan teknologi dan inovasi baharu membolehkan ia menampung muatan tinggi bagi memenuhi keperluan logistik automotif dan perniagaan pengangkutan.

Auriga Deluxe boleh menampung sehingga enam kereta penumpang atau empat SUV bagi setiap perjalanan, bergantung kepada ukuran dimensi kenderaan tersebut, manakala Blizzard pula boleh memuatkan sehingga 10 unit kenderaan bergantung kepada ukuran dan beratnya.

Sebagai ciri keselamatan, Auriga Deluxe dan Blizzard disokong oleh Scania Prime Movers yang dilengkapi dengan GPS dan beberapa kamera pemantau.

Buat masa ini, Starrtrek Carriers mempunyai sebuah Auriga Deluxe dan enam unit semi-trailer Blizzard dan beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia

Pengarah Urusan Starrtrek Carriers, Datuk Kumar Prabakaran berkata, “Dengan pengangkutan canggih ini, kami menetapkan tahap baru bagi servis logistik kenderaan berkualiti tinggi tanpa sebarang kompromi. Kami berbangga menjadi pelopor dalam lapangan ini yang mampu menawarkan kualiti servis yang lebih tinggi kepada pelanggan.”

Untuk maklumat lanjut, hubungi Starrtrek Carriers di www.starrtrekcarriers.com.my atau WhatsApp di 017-284 8120.

Previous post

Audi Q6 Debut Di China Dan Lebih Besar Daripada Q7

Next post

Ruang Dalaman Geely Bin Rui Cool Didedahkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *