Gaya Hidup

Rasai ‘Ranger Life’ Melalui Percutian Ford Ranger Getaway Di Sepang

Pemilik Ford Ranger dan Ranger Raptor yang ingin mengetahui potensi sebenar trak mereka dijemput untuk menyertai Ford Ranger Getaway yang dijadualkan berlangsung pada hujung bulan ini.

Percutian ini menampilkan sesi bimbingan sehari bersama jurulatih pemanduan meliputi laluan jalanraya dan off-road di sekitar Sepang untuk pemilik Ranger dan Raptor pada 26 Mac 2022.

Menurut Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pelanggan boleh menikmati potongan 50 peratus untuk pengalaman latihan di Sepang ini dan setiap peserta boleh membawa teman secara percuma. Pelanggan digalakkan untuk mendaftar segera kerana penyertaan adalah terhad.

Peserta percutian ini bakal mempelajari tip dan teknik tentang kaedah duduk dan pengendalian, selain merasai pengalaman memandu di dalam litar autocross, kursus off-road 4×4 dan kursus Baja yang akan memperlihatkan kehebatan sebenar Ranger Raptor.

Bukan itu sahaja, peserta juga akan dapat merasai pengalaman hot lap Baja bersama jurulatih. Pemilik Ranger akan melalui modul yang sama seperti Raptor kecuali kursus ‘dirt cornering’ dan ‘drifting’ mengggantikan kursus Baja dan hot lap bersama jurulatih.

Latihan untuk kedua-dua hari tersebut akan bermula jam 8.30 pagi di Litar Antarabangsa Sepang. Sijil penyertaan akan diserahkan kepada semua peserta di akhir latihan.

“Melalui program pengalaman Ford Ranger Getaways ini, kami mahu menyediakan platform kepada para pemilik untuk membongkar potensi dan kebolehan sebenar Ranger mereka melalui rangkaian pengalaman tempatan yang dipilih khusus,” kata Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford.

“Ford Ranger Getaways bukan sahaja menawarkan pemilik Ranger dan Ranger Raptor pengalaman unik merasai pengalaman Live the Ranger Life, malahan kami turut membantu pelancongan tempatan yang sebelum ini terkesan dengan pandemik,” tambahnya lagi.

Previous post

Produksi Kenderaan Elektrik Bateri Mencapai USD515 Bilion

Next post

Suzuki Bakal Hasilkan Kenderaan Elektrik, Bateri EV Di India

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *