Berita Auto

Proton Akui Hadapi Isu Selepas Jualan Dan Alat Ganti

Bukan satu rahsia bahawa Proton kini sedang menghadapi isu berkaitan selepas jualan dan ketersediaan alat ganti.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah dalam satu kenyataan berkata pelanggan telah menghubungi Proton berkenaan masalah itu dan syarikat itu kesal dengan sebarang kesulitan yang berlaku.

Proton

“Saya ingin menegaskan bahawa kami mengambil serius setiap aduan yang diterima dan pihak pengurusan telah mengenalpasti beberapa kekurangan dan isu operasi yang memerlukan pembaikan,” tambah beliau.

Menurut Roslan lagi, langkah pertama yang akan diambil oleh Proton ialah melaksanakan peraturan mandatori di mana semua pengedar dikehendaki memegang stok tiga bulan untuk 22 alat ganti permintaan tinggi.

“Pusat alat ganti kami juga tertakluk kepada peraturan yang sama, dan kami berharap ini akan mengurangkan masa menunggu pelanggan. Kami juga memperkukuhkan keupayaan dan pengetahuan pengedar kami untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang kepada semua pelanggan Proton. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan tetapi kami akan memaklumkan perkembangan kami sepanjang tahun ini,” tegas Roslan.

Selain itu, dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih kepada pelanggan di samping meningkatkan pertumbuhan jualan, Proton akan terus meluaskan rangkaian jualan dan perkhidmatan.

Bagi tujuan itu, syarikat itu telah membuka cawangan 3S/4S yang ke-147 di Souq Albukhary di Alor Setar. Ia juga merupakan cawangan ke-10 untuk EON dan bilik pameran Proton bertaraf Platinum yang kelima di negara ini.

Previous post

Kenderaan Elektrik Jeep 2023 Akan Datang

Next post

Chery Tiggo 8 Pro Akan Datang Ke Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *