Berita Auto

Mitsubishi Triton Ralliart Double-Cab, Mirage Ralliart Dilancarkan Di Thailand

Akhir tahun lalu, Mitsubishi melancarkan Triton Ralliart Single-Cab dan Pajero Sport Ralliart edisi khas ke pasaran Thailand. Kini, barisan Ralliart di negara itu diperkembangkan lagi dengan penambahan Triton Double-Cab dan Mirage.

Seperti dua model Ralliart yang dilancarkan sebelum ini, Triton Double-Cab dan Mirage ini juga tampil dengan set aksesori yang diinspirasikan daripada jentera rali jenama itu. Menurut Mitsubishi, ia direka untuk mereka yang mencari gaya pemanduan tersendiri.

Berasaskan varian Low-Rider, Triton Ralliart Double-Cab tampil dengan set pelekat Ralliart berwarna merah, perak dan hitam, penghadang lumpur berwarna merah, dan bed liner lengkap dengan logo Ralliart.

Bagaimanapun, ia boleh dibezakan dengan Triton Ralliart Single-Cab menerusi kit badan yang merangkumi air-dam pada bahagian depan, sisi dan belakang. Gambar ruang dalaman tidak disediakan, namun menurut Mitsubishi, ia dihiasi dengan karpet lantai Ralliart.

Model ini boleh didapati dalam warna Solid White dengan bumbung hitam atau Jet Black Mica dengan gril, roda aloi, cermin sisi, pemegang pintu dan pemegang tailgate semuanya dicat hitam.

Sementara itu, Mirage Ralliart tampil dengan set pelekat dan penghadang lumpur yang sama, cuma dengan penambahan over fender berwarna hitam dengan efek karbon sebagai sentuhan sporty. Untuk ruang dalaman pula, hatchback ini mendapat karpet Ralliart dan upholsteri dua tona (hitam dan merah) untuk tempat duduk.

Terdapat dua warna yang ditawarkan iaitu White Diamond dan Red Metallic, kedua-duanya dengan bumbung, gril, rim aloi, cermin sisi dan spoiler belakang berwarna hitam.

Previous post

Bentley Bentayga Speed Space Edition Disesuaikan Oleh Mulliner

Next post

Pertumbuhan Dan Jualan Kereta Elektrik Masih Di Bawah Jangkaan Di ASEAN

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *