Uncategorized

Kereta Elektrik Kia EV6 Akan Datang Ke Malaysia Pada April 2022 Ini

Dinamikjaya Sdn Bhd akan membawa masuk EV6 untuk memulakan perjuangan EV mereka.

EV6 ialah BEV khusus pertama Kia yang dipengaruhi oleh falsafah reka bentuk baharu, yang merangkumi tumpuan beralih Kia ke arah elektrifikasi. Sekiranya anda tidak mengetahui perkara ini, jenama Kia di Malaysia kini dijaga oleh Dinamikjaya Sdn Bhd (yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Bermaz Motor yang menjaga Mazda di Malaysia).

EV6 ini telah dicalonkan untuk ‘Car of the Year’ 2022 hanya dua bulan selepas pelancarannya dan itu sahaja memberi banyak makna untuk kenderaan Kia serba baharu ini.

Kemudian ada janji bahawa kereta elektrik KIA serba baharu ini akan memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik dengan menjadikan gaya hidup elektrik sebagai pilihan yang berdaya maju untuk mobiliti harian, tetapi adakah ia hanya untuk orang kaya saja.

Well, EV6 berkongsi semua teknologi dan juga platformnya dengan Hyundai IONIQ 5 yang berjaya yang bermakna harga jualannya akan hampir serupalah. Harga jualan Hyundai IONIQ 5 adalah seperti berikut, IONIQ 5 Lite daripada RM199,888, IONIQ 5 Plus daripada RM229,888 dan IONIQ 5 Max berharga daripada RM259,888.

Ini bermakna, harga EV6 akan hampir serupa dan mungkin juga mempunyai 3 varian. Harga jualan di Korea Selatan bermula daripada RM163,000 (model asas) dan ia dijual dengan tersangat baik sejak dilancarkan.

Jadi, ada kemungkinan besar harga jualan akan bermula daripada RM198,000 iaitu lebih sedikit daripada harga jualan Nissan Leaf dan Mini EV. Walau bagaimanapun, EV6 lebih besar, dilengkapi dengan lebih banyak ciri terbaik dan reka bentuk dalamnya lebih menarik .

EV6 ialah BEV berdedikasi pertama yang dihasilkan oleh Kia menggunakan Platform Modular Global Elektrik (E-GMP) serba baharu dan membentuk bahagian pertama peralihan Kia ke era elektrifikasi baharu di bawah slogan jenama baharunya, ‘Movement that inspires’.

EV6 membawa jarak jauh, kuasa pelepasan sifar, pengecasan ultra-pantas 800V dan penggayaan tersendiri ke pasaran SUV crossover. Keupayaan pengecasan 800V bermakna EV6 boleh pergi dari 10 hingga 80 peratus pengecasan bateri dalam masa 18 minit sahaja, manakala versi GT, direka bentuk untuk memberi inspirasi kepada pengguna dengan prestasi pemanduan yang menarik, boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.5 saat dengan kelajuan tertinggi 260 km/j.

Ia juga memulakan strategi jangka pertengahan hingga panjang jenama untuk kenderaan BEV, plug-in hybrids (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV) untuk membentuk 40 peratus daripada jumlah jualan Kia menjelang 2030, dengan sasaran jualan tahunan sebanyak 1.6 juta unit untuk model mesra alam ini.

Kia menyasarkan untuk mengembangkan jualan BEV globalnya kepada 880,000 unit pada 2030 dan menjadi penjual global terkemuka. EV6 ialah yang pertama daripada 11 model BEV global baharu daripada Kia menjelang 2026 – tujuh daripadanya akan dibina pada seni bina E-GMP, dan empat adalah EV terbitan berdasarkan model sedia ada.

Previous post

Tempahan Hyundai IONIQ 5 EV Melonjak Melebihi 200 Unit

Next post

Model Mazda 3, CX-3, CX-30 Baharu Untuk 2022

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *