Bisnes

Isuzu Jenama Trak Paling Laris Di Malaysia 8 Tahun Berturut-Turut

Isuzu Malaysia Sdn Bhd mengumumkan bahawa ia sekali lagi berjaya mengekalkan dua pencapaian terbaik iaitu trak paling laris di Malaysia untuk lapan tahun berturut-turut dan juga trak tugas ringan paling laris selama 12 tahun.

Pencapaian itu dibuktikan menerusi gabungan jumlah jualan sebanyak 4,808 unit trak dalam semua segmen dan 4,545 unit trak tugas ringan yang direkodkan sepanjang tahun 2021.

“Pencapaian ini menunjukkan pertumbuhan berterusan dan memberangsangkan jenama Isuzu di Malaysia. Di samping membuktikan kemampuan kami untuk memanfaatkan peluang yang ada, serta mengatasi segala cabaran dalam pasaran yang terjejas teruk akibat pandemik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn. Bhd., Koji Nakamura.

Satu lagi faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan menguasai pasaran ialah rangkaian pengedar yang meluas di seluruh negara. Komunikasi yang berterusan di antara ibu pejabat dengan rakan pengedar membentuk satu hubungan yang kukuh yang membolehkan Isuzu Malaysia memahami sepenuhnya pasaran dan menawarkan apa yang dimahukan oleh pelanggan.

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia Sdn. Bhd., Atsunori Murata berkata, “Para pengedar kami mempunyai hubungan yang rapat dengan pelanggan. Ini membolehkan kami mendapatkan maklum balas tentang situasi perniagaan pelanggan serta keperluan terhadap penyelesaian industri trak.”

Tambah beliau lagi, maklumat ini membolehkan pasukan jualan dan selepas jualan syarikat itu mengenal pasti jurang dan tugas yang perlu dilaksanakan untuk mengekalkan kekuatan operasi demi manfaat pelanggan.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, Isuzu Malaysia telah melaksanakan beberapa inisiatif strategik seperti bekerjasama dengan pengedar-pengedar dan membuka pusat baharu, di samping memperkenalkan produk baharu iaitu rangkaian model ELF dengan ciri Safety Plus dan menyerahkan trak tepat pada masanya kepada pelanggan.

Menurut syarikat itu, semua pendekatan ini membantu memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan kepuasan mereka melalui jangkauan pasaran serta servis berkualiti. Ini sememangnya penting dalam mengekalkan penguasaan pasaran dan jualan trak yang memberangsangkan.

Previous post

Ford Everest Dengan Rupa Ford Ranger Baharu Sudah Tiba

Next post

Porsche Pemasangan Tempatan Bermula Secara Rasmi 28 Mac 2022 Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *