Berita Auto

Bekas PM Jepun Shinzo Abe Lawat Kilang UMW Toyota Motor

UMW Toyota Motor pada 12 Mac lalu menerima kunjungan hormat bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan delegasinya di kilang pengeluaran syarikat itu yang terletak di Bukit Raja, Klang.

Bekas PM Jepun itu melawat Malaysia sebagai utusan khas kerajaan Perdana Menteri Fumio Kishida bagi memperingati ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun, dan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata kunjungan Abe sangat bernilai buat UMW Toyota Motor dan tepat pada masanya untuk beliau menyaksikan sendiri transformasi sektor automotif Malaysia ke arah mobiliti mampan menerusi pengenalan Teknologi Hibrid Elektrik Toyota, yang merupakan langkah penting untuk memacu Malaysia ke arah matlamat Karbon Neutral.

“Bersama rakan kongsi kami di Malaysia dan Kumpulan Syarikat Toyota, Toyota akan terus mengambil peranan sebagai peneraju untuk menyumbang kepada pembangunan industri automotif Malaysia, serta membangunkan sumber manusia dan alam sekitar ke arah memupuk masyarakat mampan,” tambah beliau.

Pada Januari tahun ini, UMW Toyota Motor melancarkan Corolla Cross Hybrid, model Kenderaan Hibrid Elektrik pemasangan tempatan pertama syarikat itu dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA). Ini selaras dengan komitmen Toyota Motor Corporation (TMC) untuk menyampaikan ‘Mobility for All’ dan mengeluarkan ‘Happiness for All’ ke arah mewujudkan ‘Clean, Safe and Secure Society’.

Kilang Bukit Raja berada pada landasan yang betul untuk menjadi hab Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Ia dibina dengan pelaburan berjumlah RM2 bilion dengan RM270 juta diperuntukkan untuk operasi. Dilengkapi dengan teknologi paling moden, maju dan efisien, kilang ini mampu menghasilkan 50,000 kenderaan setahun. Model-model yang dihasilkan di kilang ini ialah Vios, Yaris, Corolla Cross dan Corolla Cross Hybrid.

Previous post

Hongqi H5 Serba Baharu Debut Tanpa Platfrom Mazda6

Next post

Berakhirnya Era Subaru WRX STI Dengan Enjin Pembakaran Dalam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *