Berita Auto

Audi Q6 Debut Di China Dan Lebih Besar Daripada Q7

Portfolio SUV Audi telah diperluaskan di China untuk memasukkan ahli baharu – Audi Q6.

Keluarga SUV Audi sudah berkembang selama bertahun-tahun. Dalam ingatan baru-baru ini, kenderaan seperti Q4, Q4 Sportback dan Q8 telah ditambah dan hari ini kita mendengar ada lagi model baharu, dipanggil Q6. Audi Q6 dijangka akan ditunjukkan secara rasmi di Pameran Auto Beijing 2022. Syarikat itu juga sedang mengusahakan model Q6 berasingan yang dikhabarkan akan menggunakan elektrik.

Audi Q6 baharu nampaknya eksklusif untuk China sahaja yang dibuat dan dipasarkan melalui usaha sama marque premium dengan SAIC. Audi Q6 baharu sebenarnya lebih besar daripada Q7 dengan panjang 5,099mm dengan jarak roda 2,980mm, lebar 2,014mm dan ketinggian 1,784mm. Beratnya kira-kira 2,205kg. Untuk konteks, Q7 mempunyai jarak roda 2,994mm yang lebih panjang tetapi panjang keseluruhannya ialah 5,025mm, lebar 1,968mm, dan ketinggian ialah 1,741mm. Kemungkinan Audi Q6 berada pada platform yang sama dengan Volkswagen Atlas, yang juga dikenali sebagai Teramont di sesetengah pasaran.

Di China, raksasa SUV ini mendapat 3 baris tempat duduk dan dikuasakan enjin 4 silinder pengecas turbo EA888 Evo 2 liter (sama ada 40 TFSI atau 45 TFSI) dengan sistem pacuan semua roda quattro dan transmisi automatik. Model 40 TFSI mempunyai output 228 kuasa kuda manakala model 45 TFSI mempunyai enjinnya ditala sehingga 262 kuasa kuda. Tiada diesel atau V6 ditawarkan untuk Audi ini di China.

Sekurang-kurangnya lima reka bentuk roda aloi berbeza antara 17″ hingga 21″ tersedia bersama-sama bahagian trim gelap. Nampaknya juga terdapat dua reka bentuk gril hadapan, tetapi kami tidak pasti yang mana satu dianggap reka bentuk yang lebih mewah.

Nampaknya, Audi Q6 ini tidak akan dijual di luar China. Jadi, buat masa ini, peminat Audi Malaysia kenalah berpuas hati dengan Q7 jika mereka mahukan Audi dengan 3 baris tempat duduk atau untuk Q8 jika mereka mahukan SUV mewah yang besar.

Previous post

Volvo XC40 Recharge Pure Electric Yang Di Tunggu-Tunggu Sudah Tiba

Next post

StarrTrek Carriers Lancar Semi-Trailer Bertutup Untuk Pasaran Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *