Khidmat Masyarakat

7 Hari Tol Percuma Di Plaza Tol Malaysia Singapura – PM

Pengecualian bayaran tol ini khusus untuk kedua-dua pintu masuk sempadan negara iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua) bersempana pembukaan semula sempadan laluan darat di sana.

Bermula 1 April 2022, Malaysia dan Singapura akan membenarkan semua pengembara yang telah lengkap divaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

Pengecualian bayaran tol ini melibatkan semua jenis kenderaan selama 7 hari, bermula 1 April sehingga 7 April 2022. Ia adalah selaras dengan pendekatan untuk memudahcara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura. Pengecualian ini adalah untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ dan ‘Smart Tag’.

Ini adalah berikutan Kenyataan dari YAB Perdana Menteri DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB:

Pemberian pengecualian bayaran tol ini melibatkan perjalanan keluar dan masuk menerusi kedua-dua plaza tol yang terlibat sepanjang tempoh tersebut. Keputusan ini turut mengambil kira penutupan sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu dan bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol tersebut dengan pembukaan sempadan laluan darat ini.

Pengecualian ini adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.

PLUS menganggarkan sekurang-kurangnya 42,000 kenderaan akan memasuki Malaysia menerusi Tambak Johor dan Linkedua setiap hari. Keputusan pelepasan tol ini akan memanfaatkan lebih 300,000 perjalanan rentas sempadan MalaysiaSingapura bagi pemilik-pemilik kenderaan.

Oleh itu, pihak PLUS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor serta kementerian dan agensi yang berkaitan juga sedang giat mengadakan persiapan terakhir bagi memastikan perjalanan yang lancar di lebuh raya bersempena dengan pembukaan semula ini.

Ia juga termasuk persiapan di plaza-plaza tol, kawasan-kawasan rehat dan semua kemudahan awam yang disediakan di Lebuhraya PLUS.

Kerajaan mengalu-alukan kepulangan rakyat Malaysia di Singapura dan ketibaan rakyat Singapura ke Malaysia dengan pembukaan semula sempadan negara ini.

KeluargaMalaysia

BekerjaBersamaRakyat

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
30 MAC 2022

Previous post

Lotus Eletre Debut Sebagai SUV Pertama Syarikat

Next post

Honda Malaysia Rai Kejayaan Pengeluaran Ke 1 Juta Unit

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *