Berita Auto

Volvo XC90 B5 Inscription Plus Dilancarkan Di Malaysia

Volvo Car Malaysia memperkembangkan barisan Volvo XC90 sedia ada dengan pelancaran varian mild hybrid yang dikenali sebagai XC90 B5 Inscription Plus. Ia ditawarkan bersama XC90 Recharge T8 Inscription Plus yang merupakan varian plug-in hybrid.

XC90 B5 dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dengan teknologi Geartronic. Dibantu oleh sebuah motor elektrik dan pek bateri litium ion 48-volt, ia menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 249 hp dan 350 Nm.

Sebagai sebuah model mild hybrid, XC90 B5 dilengkapi dengan sistem brek janaan semula tenaga kinetik yang berfungsi untuk mengurangkan kadar penggunaan bahan api dan pelepasan emisi.

Dari segi kelengkapan, penawaran terbaharu tidak jauh berbeza dengan XC90 T8 memandangkan kedua-duanya hadir dengan trim Inscription Plus. Antara kelengkapan standard yang disertakan termasuklah lampu LED penuh dengan Active High Beam dan Active Bending Lights, lampu nyalaan siang LED dan rim aloi berukuran 20 inci.

Di dalam, terdapat upholsteri kulit Nappa, kluster instrumen digital 12.3 inci, paparan Head-Up (HUD), tombol gear kristal Orrefors, kamera 360 darjah dan sistem audio premium Bowers & Wilkins. Turut disertakan adalah sistem keselamatan Intellisafe yang merangkumi antara lainnya ciri Lane Keeping Aid, Cross Traffic Alert dan City Safety dengan Autobrake.

Boleh didapati dalam empat warna iaitu Crystal White, Denim Blue, Onyx Black dan Pebble Grey, XC90 B5 Inscription Plus djual pada harga RM386,842.12. Ia boleh didapati di semua bilik pameran Volvo di seluruh Malaysia mulai sekarang dan di Sabah dan Sarawak mulai 5 Mac.

Previous post

Sing Kwung Premium Buka Pusat 3S Hyundai Baru Di Melaka

Next post

Jaguar Land Rover Bekerjasama Dengan NVIDIA Dalam Teknologi Kenderaan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *