Berita Auto

Volkswagen Golf R-Line Mk8 Dibuka Untuk Pra-Tempahan Di Malaysia

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan barisan Volkswagen Golf generasi kelapan (Mk8) untuk pasaran tempatan. Seperti model generasi terdahulu, ia terdiri daripada tiga varian iaitu R-Line, GTI dan R.

Walaupun diposisikan sebagai varian entry-level, Golf R-Line tetap kelihatan sporty dengan kit badan yang diinspirasikan oleh Golf R yang berprestasi tinggi. Ia menampilkan rekaan lampu utama LED, gril hadapan yang lebih langsing, bampar yang garang dan spoiler bumbung.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan muncung ekzos berbentuk trapezoid rim Valencia berukuran 17 inci. R-Line didatangkan dalam lima warna termasuk dua yang baharu iaitu Moonstone Grey dan Kings Red. Warna-warna lain yang ditawarkan adalah Atlantic Blue, Deep Black dan Oryx White.

Ruang dalaman pula menampilkan landskap digital sepenuhnya yang dikenali sebagai Driver’s Workspace. Senarai kelengkapan termasuk skrin Digital Cockpit generasi baharu bersaiz 10.25 inci, stereng multi fungsi dengan kawalan sentuhan haptik serta sistem infohibur Discover Media berukuran 10 inci lengkap dengan Apple CarPlay, Android Auto dan sistem navigasi.

Ciri-ciri lain yang turut disertakan termasuklah sistem pencahayaan ambien, cermin pandang belakang dengan fungsi malap automatik, sistem pendingin hawa tiga zon, kamera undur dan Keyless Entry. Tempat duduk dibalut fabrik Sardegna, dengan logo R-Line tertera pada perehat kepala.

Golf R-Line dikuasakan oleh enjin TSI 1.4-liter empat silinder yang menghasilkan 150 PS dan 250 Nm, berserta transmisi automatik ‘Shift by Wire’ lapan kelajuan. Ia juga dilengkapi dengan Driving Mode Selection, stereng progresif dan sistem suspensi sport.

Volkswagen Golf R-Line Mk8

Sistem keselamatan pula terdiri daripada enam beg udara, Automatic Post-Collision Braking System, Driver Alert System, Electronic Stability Control, Traction Control dan cagak ISOFIX.

Dipasang di kilang pemasangan Volkswagen di Pekan, Pahang, Golf R-Line Mk8 kini dibuka untuk pra-tempahan dengan anggaran harga antara RM155,000 dan RM165,000. 

Previous post

BMW X4 Facelift Masuk Pasaran Malaysia - RM398,800

Next post

Kenapa Kereta Accident Jadi Kereta Terbakar. Untuk Tuntutan Insurans?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *