Berita Auto

Volkswagen Golf GTI Mk8 Dilancarkan – RM211,689

‘Raja’ hatchback iaitu Volkswagen Golf GTI generasi kelapan telah pun dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia. Seperti Golf R-Line, model ini turut dipasang secara tempatan di kilang pemasangan Volkswagen di Pekan, Pahang, sekaligus menjadikannya generasi Golf GTI yang pertama dipasang di luar Jerman dan China.

Dari segi reka bentuk, GTI dapat dikenali secara serta-merta menerusi gril hadapan jenis honeycomb dan kemasan merah GTI yang telah menjadi signaturnya. Ia didatangkan dengan rim aloi Richmond bersaiz 18 inci bersama angkup brek berwarna merah, selain lampu utama dan lampu belakang LED sepenuhnya.

Volkswagen Golf GTI Mk8

Di dalam, ia hadir dengan Digital Cockpit berukuran 10.25 inci bersama pelbagai pandangan serta warna tema termasuk gayaan spesifik GTI. Turut disertakan adalah stereng multi fungsi dengan kawalan sentuh haptik dan ciri pemanas dan sistem infohibur Discover Media 10 inci yang menawarkan navigasi binaan dalam 3D, CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta tujuh unit pembesar suara.

Kawalan intuitif operasi kenderaan ini disokong oleh sistem arahan suara pintar yang boleh diaktifkan dengan mudah melalui “Hello Volkswagen” atau menekan butang suara pada stereng.

Selain itu, terdapat sistem pencahayaan ambien dengan 30 warna lampu yang dipilih sama ada berdasarkan mod pemanduan atau mood dan kecendurangan pemandu. Turut disediadakan adalah sistem pendingin hawa Climatronic tiga zon dan Tyre Pressure Loss Indicator. Ruang sargo seluas 374 liter boleh memuatkan peralatan sukan dan riadah yang besar.

Di bawah bonet Golf GTI adalah enjin TSI 2.0-liter empat silinder yang dipadankan dengan transmisi klac basah DSG tujuh kelajuan. Enjin turbo itu kini menjana 245 PS dan 370 Nm, menunjukkan peningkatan sebanyak 15 PS dan 20 Nm berbanding model Mk7.5.

Keunikan GTI ialah sistem Vehicle Dynamics Manager yang membolehkan personalisasi pemanduan dibuat menerusi beberapa mod pratetap serta mod individu yang disediakan. Penggunaan bahan api adalah sekitar 7 liter/100 km.

Ciri-ciri keselamatan merangkumi ESC (Electronic Stability Control); Post Collision Braking System, Electronic Differential Lock (XDS) yang meningkatkan cengkaman dan mengurangkan masalah understeer, enam beg udara serta banyak lagi.

Volkswagen Golf GTI Mk8

Golf GTI didatangkan dalam lima warna iaitu Kings Red, Atlantic Blue, Moonstone Grey, Deep Black dan Oryx White. Ia dijual pada harga RM211,689.54 selepas pengecualian cukai jualan dan hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Previous post

Kenapa Kereta Accident Jadi Kereta Terbakar. Untuk Tuntutan Insurans?

Next post

Volkswagen Golf R Mk8 Tiba Di Malaysia - RM356,412

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *