Servis / Modifikasi

Restorasi Dream Street Satria GTI Mendapat Pengiktirafan Dunia

Nampak gayanya ada Satria GTI pemanduan kiri di atas jalan di Jerman.

Puji-pujian daripada pemilik Proton Satria GTi yang berpangkalan di Jerman. Ya, jauh nun di negara Jerman di mana hot hatch biasanya dilahirkan dan dibina secara teratur terdapat seorang pemilik Proton Satria GTI dan dia adalah pemandu hot hatch yang sangat berbangga. Ini sungguh menakjubkan.

Ini kata beliau mengenai pasukan yang komited dan profesional di Dream Street Restoration.

“Saya ingin menyatakan betapa saya sangat menghargai kerja yang anda lakukan dalam memulihkan karya agung negara kita ini.

Saya memiliki kedua-dua model GTi pemanduan kanan dan kiri dan hanya boleh bermimpi satu hari nanti menghantar kedua-dua kereta ini ke kedai anda untuk rawatan penuh.

Beberapa soalan muncul di fikiran, adakah anda menghasilkan semula alat ganti untuk dijual atau adakah ia program pemulihan tetap. Sebagai model pemanduan kiri yang saya miliki, model ini ada di Jerman jadi saya hanya boleh mencari alat ganti bagaikan mencari harta karun habis-habisan. Terutamanya bahagian-bahagian yang dibuat Lotus. Saya setia menanti jawapan daripada anda semua.

Teruskan kerja anda yang hebat ini. Kamu semua adalah legenda dalam buku saya. Terus hidupkan semangat dan visi yang dimasukkan ke dalam usaha ini. Ia benar-benar memberi inspirasi”.

Bukan itu saja …

“Kemudian, pada waktu malam, kami menerima panggilan daripada seseorang yang berpangkalan di Jerman. Kami dengan bangganya berkongsi apa yang kami telah lakukan dan bertukar maklumat tentang proses pemulihan dan cara penyesuaian yang dilakukan untuk setiap projek.

Menurut Danial ada beberapa lagi pemilik Satria GTi legasi ini yang berpangkalan di Jerman, Perancis dan Switzerland.

Danial kemudiannya berkongsi pengalaman sepanjang ekspedisi pertemuan hujung minggu dengan ahli kelab kereta tempatan, menaiki ‘ride’ mereka di sepanjang pendakian bukit yang terkenal di terrain Black Forrest.

Satria GTi ini cemerlang dipandu di jalan berliku yang sukar di kawasan pergunungan. Penduduk tempatan kagum dengan prestasi kebolehmanduannya dan menyangka Satria GTi ini Pug 206 😅.

Mereka terkejut melihat lambang Lotus pada GTi ini dan tidak percaya apabila mendengar cerita kerjasama antara LOTUS & PROTON dalam membina hot hatch berprestij ini suatu ketika dahulu!!

Panduan hariannya ketika ini ialah LHD GTinya dengan perasaan bangga di Jerman dan satu lagi unit GTinya adalah bersama ayahnya di Malaysia”.

Proton Satria GTI

Satria GTI adalah ‘legend’ ketika zamannya. Ia adalah hatch 3 pintu yang ringan dengan enjin 1.8 liter 4G93p yang menghasilkan 138bhp. Kuasa yang sangat boleh digunakan ini membolehkan pemandu Satria GTI mencapai 100km/j dari 0 dalam masa kurang daripada 8 saat. Lebih-lebih lagi, suspensinya telah ditala oleh Lotus.

Lawati Dream Street Restoration di halaman Facebook mereka atau tonton kerja restorasi mereka di saluran YouTube mereka untuk Satria GTI anda atau untuk mana-mana proton lain yang mereka telah lakukan, lebih baik daripada dari kilang.

Previous post

6.5J EV Dijual Pada 2021, Separuh Di China. Teka Siapa No.1?

Next post

Yamaha Sedang Membina Enjin Hidrogen V8 5L Untuk Toyota

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *