Berita Auto

Pusat Servis Sime Darby Auto Selection Kini Dengan Bosch

Sime Darby Auto Selection (SDAS), pengedar kereta terpakai pelbagai jenama yang bernaung di bawah Sime Darby Motors, kini bekerjasama dengan Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) bagi menyediakan khidmat nasihat pakar, pembaikan dan servis penyelenggaraan kepada pelanggan dengan menyatukan pasukan lepas jualan profesional dengan kemudahan bengkel bertaraf dunia.

Menerusi kerjasama ini, pusat servis yang mempunyai kelengkapan Bosch akan memenuhi permintaan lepas jualan yang semakin meningkat di Malaysia, terutamanya pelanggan yang ini mendapatkan servis penjagaan kenderaan premium.

“Kerjasama kami dengan Bosch akan memastikan bengkel kami sedia untuk masa depan dengan menawarkan pelbagai penyelesaian diagnostik dan baik pulih serta alat ganti dan aksesori yang sesuai dengan pelbagai jenama dan model yang kami kendalikan,” kata Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Sime Darby Auto Selection.

Beliau menambah bahawa walaupun dengan penggunaan sistem dan komponen Bosch, baik pulih dan servis masih akan ditawarkan pada harga yang kompetitif supaya pelanggan dapat menikmati produk dan servis berkualiti tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Pusat servis SDAS menyediakan khidmat selepas jualan untuk semua jenama kenderaan. Pelanggan yang kenderaannya sudah tampat tempoh waranti boleh menikmati kualiti servis yang sama seperti pusat-pusat servis sah. Juruteknik SDAS juga dilatih untuk menyelenggara pelbagai model kenderaan termasuk kenderaan hibrid dan elektrik.

Selain penyelenggaraan kenderaan, pusat servis SDAS yang dikuasakan oleh Bosch turut menyediakan khidmat pembersihan dan pemeriksaan.

Beralamat di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam, pusat servis SDAS beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat, dan 9 pagi hingga 12.30 tengahari pada Sabtu. Ia ditutup setiap Ahad.

Untuk tempahan, pelanggan hanya perlu mengisi maklumat peribadi di www.simedarbyautoselection.com.my. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi talian 03-4065 2502.

Previous post

Pengambilan Insuran Bencana Alam Banjir Naik 22% Selepas Banjir

Next post

Nissan Kicks e-Power Bakal Tiba Di Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *