Berita Auto

Porsche Macan T Kitaran Hayat Terakhir Model Gen Pertama

Porsche Macan T mungkin merupakan varian baharu terakhir bagi Macan generasi pertama sebelum penggantiannya tiba.

Porsche telah menyempurnakan seni menambah varian model dan Macan T baharu ini adalah buktinya. ‘T’ dalam bahasa Porsche adalah singkatan kepada ‘Touring’, seperti 911 T yang pertama datang pada tahun 1968. Dalam model lain, seperti 911 T dan 718 T, ini menandakan peralatan mewah tetapi dengan penekanan pada berat yang lebih rendah. Pada dasarnya, Porsche akan menggunakan enjin yang lebih kecil, lebih ringan dan memasangkannya dengan lebih banyak peralatan. Apa yang unik kali ini ialah Macan T akan menjadi model empat pintu pertama yang menyandang lencana ‘T’.

Macan T tidak akan dikuasakan oleh V6 tetapi enjin turbo 2.0L 4-silinder yang mengeluarkan 265PS dan tork 400Nm yang boleh tahan. Enjin ini 58.8 kg lebih ringan daripada enjin Macan yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda Porsche’s Traction Management (PTM).

Pakej Sport Chrono adalah pilihan dan disertakan dengan suis mod dan butang Sport Response pada stereng. Dalam mod ini Macan T memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 6.2 saat dengan kelajuan tertinggi 232km/j.

Porsche Macan T ialah satu-satunya model Porsche yang menampilkan suspensi keluli DENGAN Porsche Active Suspension Management (PASM) sebagai standard. Selain itu, ia diturunkan sebanyak 15mm, dengan bar anti-roll yang lebih tegar pada gandar hadapan dan casis yang ditala semula. Terdapat juga penukaran kepada sistem Porsche Traction Management (PTM), pilihan untuk menurunkan badan sebanyak 10mm lagi, Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus) dan banyak lagi.

Dari segi penampilannya, Macan T mendapat Agate Grey Metallic di hadapan, belakang dan sisi untuk membezakannya daripada varian lain. Terdapat tambahan kepingan trim hitam high gloss sebagai standard dan logo ‘Macan T’ berwarna hitam. Roda 23″ Macan S dipasang di sini dalam titatnium gelap sebagai standard dan terdapat 13 warna luaran yang tersedia.

Di bahagian dalam, anda boleh harapkan tempat duduk sukan boleh laras 8-hala heated dalam kulit hitam dengan corak Sport-Tex Stripe, dan lambang Porsche emboss pada headrest. Stereng sukan GT pelbagai fungsi heated disertakan dalam Race-Tex dengan kemasan karbon dan ioniser serta pengadang pintu masuk dalam aluminium hitam sebagai standard.

Previous post

Triumph Motorcycles Malaysia Akan Lancar 10 Model Baharu Dalam Q1 2022

Next post

BMW X5 xDrive45e Dengan M Performance Parts - RM480,800

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *