Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Kerajaan Sasar Tambah Jumlah Stesen Pengecas EV Dengan Kos Lebih Murah

Kerajaan akan menambah bilangan stesen pengecas kenderaan elektrik di negara ini berikutan ada syarikat tempatan yang mampu menyediakan kemudahan itu dengan kos lebih murah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba lebih banyak stesen pengecas EV akan dibina di seluruh negara menerusi kerjasama antara Mobility Werk Group (MW Group) menerusi anak syarikat MW EV Sdn Bhd dengan EZ-Charge dari United Kingdom.

Menurut beliau, kerajaan sebelum ini menetapkan sasaran untuk membina hampir 5,000 stesen pengecas EV menerusi Dasar Automotif Nasional 2020 namun ia masih dalam peringkat pembangunan.

Bercakap kepada Harian Metro, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, “Kita percaya ekosistem pembangunan EV pada satu ketika nanti memiliki kemudahan pengecasan di mana-mana dalam negara.

“Jadi apa yang ingin kita lakukan ialah memastikan bahawa stesen pengecas EV ini dibangunkan dengan lebih murah berbanding harga stesen pengecas EV di luar negara.

“Dengan adanya teknologi pembangunan dan pembuatan tempatan, kita percaya selain dapat membangunkan teknologi EV, kita juga boleh menyediakan bakat dalam proses awal hingga akhir bermula daripada reka bentuk sehingga ke pengkomersilan,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama antara anak syarikat MW EV Sdn Bhd iaitu MV Group Sdn Bhd dan syarikat EZ-Charge di Shah Alam, 11 Februari 2022.

Previous post

smart #1 Ialah Nama Rasmi Crossover Elektrik Jenama Itu

Next post

Jeep Sekarang Ada … Skuter Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *