Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas Dilancarkan – RM136,888

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan pelancaran Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas yang didatangkan dengan beberapa kelengkapan tambahan pada bahagian luaran dan dalaman. Model ini dijual pada harga RM136,888 dan kini dibuka untuk tempahan.

Bagi menjadikannya lebih menonjol dari model yang lain, Ranger XLT Plus Edisi Khas tampil dengan gril baharu yang mempunyai tulisan ‘FORD’ besar di tengah-tengah, fender flare baharu, serta sports bar yang direka semula. Terdapat lima warna untuk dipilih iaitu Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White, Lightning Blue dan Meteor Grey.

Sementara itu, ruang dalaman pula menampilkan scuff plate dengan logo Ranger dan pencahayaan lampu LED. Turut disertakan adalah perakam video digital (DVR) yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk rakaman berdefinisi tinggi (HD), paparan sudut lebar, rakaman waktu malam, pemasangan penapis cahaya anti silau dan Mobile App yang disambung melalui hotspot yang sepadan dengan Apple IOS dan juga Android.

Ia didatangkan bersama kad memori 32GB yang membolehkan para pemandu merakam aktiviti mereka atau menggunakannya bagi tujuan keselamatan.

Ranger XLT Plus Edisi Khas dikuasakan oleh enjin 2.0L Single-Turbo yang menghasilkan 180 PS dan 420 Nm, dengan transmisi automatik 10 kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda menerusi sistem pacuan empat roda.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada model ini termasuk Easy Lift Tailgate, sistem multimedia SYNC dengan kamera undur, sistem 4X4 Shift-on-the-Fly elektronik, Electric Power Assisted Steering, Limited Slip Differential, Hill Descent Control, Hill Launch Assist, ABS, EBA, BED, Electronic Stability Control dengan Traction Control, Rollover Mitigation dan Ford MyKey.

Ranger XLT Plus Edisi Khas boleh didapati di semua bilik pameran Ford di seluruh negara bermula 10 Mac 2022. Namun, SDAC akan mempertontonkan model ini lebih awal di Centre Court, Queensbay Mall dari 24 hingga 27 Februari ini.

Previous post

Baki eWallet Tak Cukup Rupanya...

Next post

Cawangan EV Dongfeng, Voyah, Sedia Memasuki Pasaran Norway

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *