Berita Auto

Ford Bronco Everglades Dibuat Khas Untuk Masuk Hutan

Selepas memperkenalkan Bronco Raptor beberapa minggu yang lalu, Ford kini memperkenalkan satu lagi model edisi khas Bronco. Jentera ini dikenali sebagai Everglades dan ia dibangunkan khas untuk penggemar aktiviti sukan lasak yang ingin meneroka hutan tebal.

Hanya ditawarkan dalam versi empat pintu dengan bumbung hardtop, Bronco Everglades dilengkapi dengan snorkel pada tiang A serta rim Carbonized Grey 17 inci dan tayar lumpur 35 inci sebagai kelengkapan tambahan kepada pakej Sasquatch yang disertakan secara standard.

Gandar depan dan belakang, transfer case dan transmisi turut dinaikkan bagi memberikan ia keupayaan untuk meranduk air sedalam 924 mm (36.4 inci), 74 mm (2.9 inci) lebih tinggi berbanding versi standard.

Selain itu, Ford turut memasang bampar depan modular tugas berat dengan takal Warn Zeon 10-S yang mana menurut syarikat itu, mempunyai kabel sepanjang 100 kaki yang boleh menarik beban sehingga 4,535 kg (10,000 paun).

Untuk perlindungan, model ini juga mendapat bar safari, rock rails dan skid plate yang turut boleh didapati pada Bronco Black Diamond dan Badlands.

Bronco Everglades boleh didapati dalam lima warna, termasuk Desert Sand yang eksklusif untuk model ini, serta Eruption Green, Area 51, Shadow Black dan Cactus Grey. Ia mempunyai gril berwarna Carbonized Grey dengan tulisan Bronco berwarna hitam dan grafik Everglades pada fender depan.

Di dalam, terdapat upholsteri vinil, karpet getah yang mudah dibasuh dan jahitan Urban Green pada pemegang, corong pendingin hawa dan tempat duduk. Sistem infohibur terdiri daripada skrin sentuh 12 inci dengan sistem SYNC 4 yang menampilkan kemaskini perisian atas udara (OTA).

Tersimpan di bawah bonet Bronco Everglades adalah enjin EcoBoost 2.3-liter empat silinder dengan 300 hp dan 440 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik SelectShift 10 kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

Previous post

Model Toyota Noah 2022 Didedahkan Di Jepun Dengan Ciri Alphard

Next post

Bilakah Ulat Trak Tunda Akan Diberkas Kerana Menyebabkan Kemalangan?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *