Kemalangan / Rosak / Recall

Bilakah Ulat Trak Tunda Akan Diberkas Kerana Menyebabkan Kemalangan?

Setiap minggu, ulat trak tunda atau longkai menyebabkan kemalangan di Persimpangan Subang Jaya ini.

Adakah ini jalan yang paling kerap berlaku kemalangan di Selangor atau jalan di mana ulat longkai ini menuang minyak agar permukaannya licin untuk mendapatkan ‘pelanggan’ seterusnya?

Mengapakah pihak berkuasa TIDAK mengambil tindakkan menghentikan amalan terkutuk ini?

Ulat Longkai Menyebabkan Kemalangan Ini

Selama tiga puluh tahun yang lalu kami sendiri telah menyaksikan sebuah Nissan yang dipandu perlahan hilang kawalan di pintu masuk kedua kawasan perumahan Subang Jaya ini dan melanggar penghadang besi (sebelum penghadang konkrit sekarang, dulu terdapat penghadang besi sahaja) dan melantun semula ke dalam trafik dan melanggar kereta lain.

Sebelum kami sempat membuka pintu, terdapat dua (bukan satu) dua, ulat longkai yang sudah bersiap sedia di situ untuk ‘membantu’ pemilik kereta yang kemalangan untuk mendapatkan trak tunda ke bengkel yang mereka cadangkan dan ulat-ulat ini sudah memang siap pakir di situ di atas rumput sebelum selekoh tersebut.

Dan kini, sudah bertahun-tahun kami melihat ‘ulat-ulat’ ini pakir di persimpangan ini dan juga di susur keluar lebuhraya ‘Lapangan Terbang – Subang’ ke Lebuhraya Persekutuan.

Bila-bila masa, siang dan malam anda boleh nampak mereka pakir dan bersedia untuk ‘membantu’ pemandu kereta yang hilang kawalan di selekoh berkenaan dan ini sudah memang diketahui ramai pemandu di Lembah Klang (pembaca sila kongsikan kawasan terkenal lain yang selalu kemalangan yang anda tahu).

Beberapa daripada ‘ulat-ulat’ ini telah diperhati menuang petrol atau minyak di permulaan permukaan susur keluar dan di sinilah kereta yang mempunyai tayar botak atau hanya nasib malang akan terbabas.

Dengan bilangan besar bengkel kereta di USJ1, Subang Jaya dan kawasan sekitar Kampung Subang dan Glenmarie ini merupakan peluang perniagaan yang bagus untuk mereka dan beberapa pemilik kereta seperti pemilik Mercedes-Benz W124 ini mengeluar belanja yang besar untuk membaiki kereta kesayangan mereka.

Sebaik sahaja kereta klasik moden yang bebas kemalangan seperti Mercedes W124 ini memasuki bengkel mereka, pemiliknya akan dikenakan bil pembaikan yang tinggi, lebih tinggi daripada nilai kereta itu sendiri (beg udara stereng terkeluar dan bahagian hadapannya hancur sepenuhnya).

Bagi kereta dengan insurans first party yang bernilai tinggi, syarikat insurans membayar harga yang di minta dan inilah sebabnya kenapa kami terus mempunyai premium insurans yang tinggi dan ‘ekonomi hitam’ keseluruhan dalam industri bengkel Malaysia.

Bagi pemilik kereta klasik, seperti Mercedes-Benz W124 ini, mereka mungkin terpaksa meninggalkan kereta mereka dan inilah sebabnya kita selalu melihat kereta lama ‘berharga’ yang rosak akibat kemalangan, reput di luar bengkel atau, walaupun ia dibaiki, ia tidak pernah dilakukan dengan betul yang menyebabkan pemilik kereta ‘terpaksa’ menjual keretanya dengan harga yang murah.

Bilakah ini akan berakhir? Bilakah pihak berkuasa akan menangkap ‘ulat-ulat’ ini dan menjadikan mereka sebagai contoh agar menghalang yang lain menunggu berhampiran kawasan kemalangan ini daripada menyebabkan kemalangan?

Previous post

Ford Bronco Everglades Dibuat Khas Untuk Masuk Hutan

Next post

smart #1 Ialah Nama Rasmi Crossover Elektrik Jenama Itu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *