Cerita Auto

Touch ‘n Go Bakal Lancar Kad Versi Baharu Dengan NFC

Percaya atau tidak, sudah 20 tahun kad Touch ‘n Go (TnG) dikeluarkan namun sehingga hari ini, kita masih perlu menggunakan pembaca kad khas sama ada di mesin layan diri atau di kedai-kedai serbaneka untuk menambah nilai. Namun, selepas ini anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menambah nilai kad TnG anda.

Ini kerana TnG dilaporkan akan melancarkan kad versi baharu yang mempunyai keupayaan teknologi Komunikasi Medan Dekat (Near-Field Communication atau NFC) dalam masa beberapa minggu akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd Ignatius Ong, kad baharu itu membolehkan pengguna menambah nilai dengan lebih mudah menerusi port didayakan NFC melalui aplikasi TnG eWallet.

Tambah beliau lagi, kad TnG yang diedarkan sejak 20 tahun lepas tidak mempunyai keupayaan ini dan memerlukan pembaca kad khusus untuk melakukan transaksi atas sebab-sebab keselamatan.

Dengan ini, urusan menambah nilai kad TnG akan menjadi lebih mudah dan cepat kerana anda tidak lagi perlu mencari mesin layan diri atau kedai-kedai yang menawarkan tambah nilai untuk berbuat demikian. Bukan itu sahaja, dengan adanya telefon pintar dengan fungsi NFC, anda boleh menambah nilai kad TnG bila-bila masa dan di mana sahaja.

Previous post

Pengeluaran Perodua Alza Dihentikan April Ini

Next post

Volkswagen Passat Bersara Di Amerika Syarikat Selepas Hampir 50 Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.