Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Ini Dia Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid CKD

UMW Toyota Motor baru-baru ini mengadakan sesi pandu uji media untuk Toyota Corolla Cross Hybrid sempena pelancarannya pada Jumaat ini, 14 Januari 2022. Kami kini mempunyai spesifikasi lengkap model itu, yang akan dipasang secara tempatan di Bukit Raja bersama dengan versi petrol iaitu 1.8V dan 1.8G.

Bermula dengan bahagian luaran, Corolla Cross Hybrid boleh dibezakan daripada varian-varian petrol tersebut menerusi lencana “Hybrid” pada bahagian fender dan tailgate, serta aksen berwarna biru pada lampu bi-LED, logo Toyota pada gril, tailgate dan penutup enjin.

Terdapat lima warna yang ditawarkan untuk varian ini iaitu Celestite Grey Metallic (warna eksklusif untuk Hybrid), Silver Metallic, Red Mica Metallic, Nebula Blue Metallic dan Platinum White Pearl.

Toyota Corolla Cross Hybrid CKD

Ciri-ciri luaran yang lain adalah sama dengan varian 1.8V. Ini termasuk rim aloi berukuran 18 inci, lampu bi-LED depan, lampu LED belakang, lampu kabus LED depan dan belakang, pengelap cermin automatik dengan sensor hujan dan juga rel bumbung yang boleh menampung beban sehingga 70 kg.

Toyota Corolla Cross Hybrid CKD

Susun atur ruang dalaman tidak berubah jika dibandingkan dengan varian-varian petrol namun Hybrid mendapat beberapa ciri tambahan berupa paparan multi-info (MID) tujuh inci, sistem pendingin hawa automatik dwi zon, cermin pandang belakang elektrokromik, butang mod pemanduan dan aksen biru pada karpet lantai.

Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri-ciri sama yang terdapat pada varian 1.8V dan 1.8G seperti stereng multifungsi, lampu ambien, upholsteri kulit hitam, pelarasan kuasa lapan hala untuk tempat duduk pemandu dan kerusi belakang yang boleh dilipat 60:40. Sistem infohibur menampilkan skrin sentuh sembilan inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, serta enam pembesar suara.

Toyota Corolla Cross Hybrid CKD

Corolla Cross Hybrid dikuasakan oleh gandingan enjin petrol 1.8-liter dan sebuah motor elektrik yang memberikan kuasa keseluruhan sebanyak 122 PS. Enjin tersebut menghasilkan 98 PS pada 5,200 rpm dan 142 Nm pada 3,600 rpm, manakala motor elektrik tersebut menjana 72 PS (53 kW) dan 163 Nm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan oleh transmisi E-CVT.

Toyota Corolla Cross Hybrid CKD

Seperti 1.8V dan 1.8G, varian Hybrid didatangkan standard dengan Toyota Safety Sense yang merangkumi Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Tracing Assist (LTA) dan Automatic High Beam (AHB). DRCC dan LTA kini boleh beroperasi pada semua kelajuan.

Toyota Corolla Cross Hybrid CKD

Sistem keselamatan lain yang disertakan pada model ini termasuk paparan panoramik 3D, Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Alert, perakam video pemanduan digital, tujuh beg udara, Hill-Start Assist Control, Vehicle Stability Control, Tyre Pressure Monitoring System dan enam sensor parkir.

Toyota Corolla Cross Hybrid CKD

Harga rasmi Corolla Cross Hybrid akan diumumkan pada Jumaat ini namun harga jangkaannya adalah sekitar RM137,000. SUV itu akan didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan, manakala bateri hibrid, inverter dan kawalan pengurusan kuasa dilindungi oleh waranti selama lapan tahun, juga tanpa had perbatuan. Apa yang menarik, waranti boleh dilanjutkan selama dua tahun dengan bayaran tambahan sebanyak RM2,950.

Previous post

Jualan Mercedes-Benz Mencecah 2 Juta Pada 2021 Walaupun Kekurangan Cip

Next post

Volvo V60 Recharge T8 Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *