Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Scania Serah Euro V New Truck Generation Pertama Malaysia

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian mampan dengan Xin Hwa.

Scania menyerahkan EURO V New Truck Generation (NTG) pertama di Malaysia sebagai sebahagian daripada perkongsian mampannya dengan Xin Hwa Holdings Berhad (Xin Hwa). Kunci trak itu diserahkan kepada Ng Aik Chuan, Pengarah Urusan, Xin Hwa Holdings Berhad oleh Thor Brenden, Pengarah Perkhidmatan, Scania Asia Te nggara. Majlis penyerahan itu turut disaksikan oleh Tuan Yang Terutama, Dr Joachim Bergstrőm, Duta Besar Sweden ke Malaysia.

CS5_0352-Thor-handing-over-key-to-Ng-Aik-Chuan-witnessed-by-Ambassador
Thor-handing-over-key-to-Ng-Aik-Chuan-witnessed-by-Ambassador

Ciri utama di antara banyak teknologi enjin Scania dalam Scania NTG Euro V R620A6X4NZ ialah sistem Pengurangan Pemangkin Berpilih ( Selective Catalytic Reduction ) yang mengurangkan pelepasan tempatan yang menyumbang kepada asap dan jerebu. Dengan mematuhi piawaian pelepasan EU, pelepasan tempatan diukur dalam Nitrogen Oksida (NOx), gas toksik dan bahan zarahan ( particulate matters ). S untikan Tekanan Tinggi Tambahan ( Ex tra High – Pressure Injection) meningkatkan prestasi dan penjimatan bahan api.

CS5_0752-Signing-of-Scania-Financial-Services
Signing-of-Scania-Financial-Services

Misi Scania adalah untuk memacu anjakan ke arah sistem pengangkutan yang mampan melalui perkongsian mampan, mewujudkan dunia mobiliti yang lebi h baik untuk perniagaan, masyarakat dan alam sekitar. Dengan bermulanya penghantaran kenderaan Euro V, ia membantu ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih sihat di Malaysia.

CS5_0555-VIPs-in-Euro-V-Cabin
VIPs-in-the Euro-V-Cabin

Kabin tidur siri R yang diserahkan itu didatangkan dengan ketinggian bumbung b iasa dan menawarkan ruang pemandu yang luas yang membolehkan kedudukan pemanduan yang optimum. Ia mempunyai ruang yang baik untuk menyimpan dan memasang peralatan tambahan di dalam ruang pemandu. Ia boleh dilengkapi dengan sehingga dua ruang tidur.

Reka b entuk New Truck Generation ini bertambah baik daripada generasi sebelumnya, menjadikan trak tersebut lebih mesra pengguna. Tempat duduk pemandu boleh laras yang sangat selesa yang diletakkan lebih dekat dengan pintu, dengan papan pemuka yang ergonomik dan paling penting cermin depan yang besar dengan pandangan diperluas. Ia memberikan penglihatan yang jelas dari sudut yang berbeza untuk pemandu menjadikannya lebih mudah untuk mereka beroperasi dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Ciri keselamatan termasuk Electronic Braking System (EBS) untuk brek kecemasan responsif manakala retarder memberikan kuasa brek tambahan. Kotak gear Opticruise standard memberikan Scania NTG Euro V mod Ekonomi lalai yang telah ditetapkan untuk kecekapan bahan api yang lebih baik.

CS5_0272-Speeches

Scania New Truck Generation Euro V ini dikhususkan untuk Xin Hwa kerana ia mempunyai kuasa dan tork yang diperlukan oleh operasi mereka. Malah kami mengesyorkan juga untuk menurunkan pelepasan tempatan ialah dengan menggunakan Euro V,” kata Thor. “ Dan, dengan Perkhidmatan Kewangan Scania, Xin Hwa juga akan mendapat manfaat daripada penyelesaian pembiayaan fleksibel oleh Scania Credit Malaysia yang menyediakan kos yang boleh diramal sepanjang keseluruhan kitaran hayat trak itu,” tambah Thor.

Ditubuhkan pada 18 Januari 2013, Xin Hwa ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan. Melalui anak syarikatnya Xin Hwa Logistics and Transport Sdn Bhd, ia menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu yan g terlibat dalam pengangkutan darat, pergudangan dan operasi pengedaran. Pengasas , Eng (Ng) Peng Lam memulakan operasi pengangkutan berskala kecil pada tahun 1965 dan pada tahun 1992 mengembangkan operasi pengangkutan darat dengan anak lelaki Ng Aik Chuan dan Ng Yam Pin melalui pemerbadanan Sinwah Trading & Transport Agency, sebuah agensi pengangkutan dan penghantaran yang berdaftar dengan kastam melibatkan penyediaan perkhidmatan pengangkutan kargo untuk produk perkilangan.

CS5_0462-Team-Scania-Xin-Hwa-and-customer
Team-Scania-Xin-Hwa-and-customer
Previous post

Nama Chery Tiggo 8 PLUS Kunpeng e+ Mungkin Mengarut

Next post

Mercedes-Benz Mempersembahkan CLK Pertama Mereka 25 Tahun Lalu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *