Berita Auto

Roslan Abdullah Kini Dilantik Sebagai Timbalan CEO Proton

Proton telah mengumumkan pelantikan Roslan Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bermula 1 Januari 2022. Sebelum ini, beliau merupakan Naib Presiden, bahagian Pemasaran dan Jualan untuk Proton dan juga Ketua Pegawai Eksekutif bagi Proton Edar Sdn Bhd (PESB), sejak 1 Jun 2020.

Merupakan pemegang ijazah sarjana Kewangan dan Perakaunan daripada Universiti Brighton, United Kingdom, Roslan mempunyai pengalaman selama tiga dekad dalam bidang automotif termasuk pelantikan dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), Isuzu Hicom Malaysia dan Honda Malaysia di mana beliau mempunyai dua tanggungjawab iaitu selaku Presiden dan juga Ketua Pegawai Operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, “Roslan Abdullah telah memainkan peranan penting didalam mengukuhkan pengurusan didalam Proton dan memberi panduan kepada pengurusan keseluruhan perniagaan, khususnya dengan pengukuhan fungsi bahagian pemasaran dan jualan. Saya yakin kami mampu menjalinkan kerjasama yang erat untuk memacu syarikat ke arah kejayaan.”

Dato’ Radzaif Mohamed

Dalam satu kenyataan, Proton turut menzahirkan penghargaan yang tinggi kepada Dato’ Radzaif Mohamed, yang telah bersara sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada 31 Disember 2021. Dilantik ke jawatan pada 1 April 2016, beliau telah memainkan peranan penting dalam memantau proses sehingga termeterainya perkongsian antara DRB HICOM dan Zhejiang Geely Holding (Geely) dan membantu membawa syarikat ke kedudukan terkini didalam industri automotif.

“Proton ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Radzaif untuk segala sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi sehingga kami mencapai kejayaan. Kepentingan untuk mendapatkan sesuatu perkara itu secara tepat semasa bermulanya perkongsian dengan Geely amat kritikal dan mustahak dalam memastikan proses pembaharuan syarikat sehingga kini dan kepimpinannya dalam tempoh berkenaan tidak ternilai harganya,” tambah Dr Li.

Previous post

Porsche Macan 2022 Dilancarkan Di Malaysia - Harga Dari RM433,154

Next post

Honda X-ADV Kini Dalam Warna Mat Ballistic Black Metallic

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *