Kemalangan / Rosak / Recall

Motosikal Berkuasa Tinggi Rempuh Belakang SUV Dan Terus Terbakar

Menurut portal berita terkini Perak, Suara Perak pasangan suami isteri cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang mereka naiki merempuh belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), sebelum terbakar, di Kilometer 234 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini, semalam.

Mangsa, Mohamed Akbar Mohamed Zakaria, 50 dan Bakiah Mohamad, 38, diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu menyertai konvoi bermotosikal ketika kemalangan berlaku.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 1.44 petang.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di mana sebuah motosikal berkuasa tinggi telah melanggar bahagian belakang aqaAaQX.

“Akibat pelanggaran itu, berlaku kebakaran manakala penunggang dan pembonceng motosikal tercampak dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut jurucakap itu, anggota bomba membuat pemadaman bersumberkan air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Shuhairul Fahmi Ishak tamat jam 2.37 petang.

Sumber : Suara Perak

Previous post

Pandu Uji: Kia Carnival Generasi ke-4 - Mewah Dan Mengagumkan

Next post

Mazda BT-50 Kini Dalam Wait List Kerana Popularitinya Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *