Berita Auto

Mitsubishi XPANDER Adalah Untuk Mereka Yang Suka Berjalan-jalan Pada Hujung Minggu

Saya gemar pergi makan angin di seluruh negara. Kini dengan perintah berkurung ditamatkan, saya mula membuat perancangan untuk berjalan-jalan lagi. Walaupun tidak memiliki anak sendiri, baru-baru ini saya membeli sebuah MPV kompak tujuh tempat duduk. Ada yang bertanya, kenapa? Jawapannya jelas dan mudah – jika saya ingin membeli sebuah kereta moden dan menyimpannya untuk masa yang lama, ia mestilah boleh melakukan sebanyak mungkin dan harganya mestilah berpatutan.

Sebab itulah saya berpendapat yang Mitsubishi XPANDER sebenarnya adalah kenderaan yang harus dipertimbangkan oleh ramai golongan muda, biarpun mereka tidak memerlukan kesemua tujuh tempat duduk. Pandu sahaja kenderaan ini dengan tempat duduk belakang dilipat sepenuhnya ke bawah dan anda akan mempunyai sebuah wagon yang tinggi dan tidak begitu sporty.

Tambahan pula, XPANDER dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter MIVEC DOHC 16-injap. Enjin ini menawarkan penjimatan bahan api dan mempunyai 141 Nm tork yang memberikan tujahan lebih apabila kereta sarat dengan penumpang dan muatan.

Anda boleh memilih untuk tidak mendapatkan MPV kompak paling murah di pasaran ketika ini, namun anda sebenarnya terlepas ciri-ciri yang menjadikan kereta anda lebih berguna.

Dan dalam aspek inilah XPANDER benar-benar menyerlah. Ia didatangkan dengan empat corong pendingin hawa belakang dan sistem infohibur besar yang berukuran sembilan inci. Sistem ini bukan sahaja didatangkan dengan Bluetooth, bahkan juga mempunyai Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri-ciri berkenaan, dipadankan pula dengan ruang luas yang tersedia untuk bagasi DAN penumpang, menjadikan XPANDER sesuai untuk dibawa berjalan-jalan ke serata negara (sementara perjalanan dibenarkan!). Sudah tentu, apabila keluarga mula berkembang, anda akan mempunyai tempat duduk untuk mereka.

Sebenarnya, sebelum perintah berkurung 2021, saya membawa beberapa orang rakan makan angin di Bukit Jugra dan Pantai Morib dengan XPANDER. (Gambar-gambar daripada ulasan XPANDER sebenarnya diambil semasa lawatan tersebut). Dengan enam orang penumpang, kereta ini menunjukkan prestasi yang mengagumkan, serta menyediakan hiburan dan kuasa yang mencukupi untuk membawa kami ke tempat yang diingini.

Bagaimanapun, bajet saya untuk kereta baharu lebih kecil berbanding harga XPANDER iaitu RM92,350. Namun begitu, saya tidak rasa ia terlalu mahal untuk rakyat Malaysia kelas pertengahan yang seusia dengan saya. Ia adalah sebuah kereta yang boleh melakukan segalanya dari A hingga Z, dari pemanduan seharian hingga perjalanan pada hujung dengan rakan-rakan, tanpa memerlukan belanja yang besar.

Pelanggan digalakkan untuk menempah XPANDER sekarang memandangkan pengecualian cukai jualan (SST) telah dilanjutkan hingga 30 Jun 2022. Dengan pengecualian tersebut, XPANDER kini berharga RM92,350 dan ini pastinya dapat membantu lebih rakyat Malaysia berjimat apabila membeli XPANDER.

Pasukan di Mitsubishi Motors sedang berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan pengeluaran XPANDER untuk memendekkan masa penyerahan bermula sekarang.

Previous post

Audi CKD Mungkin Datang Pertengahan 2022 Di Kilang Inokom

Next post

Harga Rasmi Kia Carnival Diumumkan - RM196,340

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *