Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Kenapa Semua Kenderaan Mazda Di Malaysia Menggunakan Activ-e Film Oleh ICE-μ

‘Skytint’ telah menjalani penjenamaan semula dan sekarang dipanggil Activ-e. Walaupun begitu, ia masih tint tingkap terbaik yang sama.

Mazda ialah sebuah syarikat yang unik di peringkat global, lebih-lebih lagi di dalam negara. Bersama-sama dengan Bermaz, mereka telah berjaya mengaut sebahagian besar segmen kereta bukan nasional dengan cara yang sangat unik.

Produk mereka mempunyai nilai persepsi yang lebih tinggi daripada kebanyakan produk saingan langsung lain dan mereka turut menambahkan nilai mereka dengan cara yang hanya pemilik yang arif, kenal dan faham. Salah satu cara yang mereka telah lakukan adalah dengan tint tingkap mereka, ACTIV-e Film, yang siap diprapasang pada semua model Mazda yang dijual di Malaysia.

ACTIV-e Film oleh ICE-μ sudah digunakan dengan produk Mazda selama bertahun-tahun dengan nama ‘Skytint’. Ia baru-baru ini menjalani proses penjenamaan semula, tetapi ia masih lagi tint tingkap buatan Jepun yang sama digunakan oleh Bermaz Motor Sdn Bhd.

Filem ini dihasilkan oleh Riken Technos Corporation dari Jepun – pembuat filem tint dan alat ganti kereta terkemuka dan ia diedarkan di Malaysia oleh Jasa Sarjana Sdn. Bhd.

Riken Technos membangunkan filem yang menepati piawaian produk Mazda khusus untuk cuaca di Malaysia. Nama jenama baharu filem tint itu dipilih kerana ia mencerminkan ciri yang diminta oleh Mazda untuk pasaran tempatan.

Pertama sekali, Filem ACTIV-e secara aktif menyekat gelombang ultraviolet dan infrared matahari. Ini mengurangkan degradasi bahan bahagian dalaman Mazda dan mengurangkan haba  di dalam kereta. Filem Activ-e masih melepasi cahaya nampak yang secukupnya untuk lulus syarat peraturan VLT JPJ.

Kemudian terdapat ‘e’ dalam namanya yang mewakili ‘elektron’ dan nanoteknologi yang direkayasa ke dalam filem pada tahap molekul. Nama ‘e’ juga mewakili produk yang mesraterhadap alam sekitar. Dengan menyekat haba, tenaga yang digunakan dalam mengawal suhu kenderaan memberi kelebihan kepada pelepasan karbon yang lebih rendah.

Banyak pengeluar lain sebenarnya, masih tidak menyediakan kenderaan mereka dengan sebarang tint langsung, tetapi Mazda ialah salah satu daripada beberapa OEM yang ada yang telah berusaha keras untuk bukan sahaja menyediakan filem tint yang mematuhi piawaian JPJ, tetapi juga yang memenuhi piawaian mereka sendiri untuk penolakan haba, UV dan infrared.

Filem ACTIV-e oleh ICE-μ ialah salah satu produk terbaik Riken Techno. Ia merupakan salah satu daripada pelbagai cara Mazda menambahkan nilai kepada produk mereka.

Previous post

Impian Anda Untuk Tol Tanpa Palang Mungkin Satu Kenyataan

Next post

Suzuki Burgman 400 Dilancarkan Di Malaysia - RM45,999

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *