Anugerah / VOTY / Pameran Motor

ISUZU D-MAX Terus Memenangi Anugerah Demi Anugerah Di Malaysia

The motoring media and D-Max buyers in Malaysia have spoken.

Sejak pengenalan globalnya, Isuzu D-Max serba baharu generasi ketiga telah meraih perhatian ramai pengguna dan pengkritik sekaligus, serta menemukan peminat baharu yang menghargai tahap kecanggihan, keselesaan dan kemampuannya yang mengagumkan.

Di Malaysia, pelancaran D-Max serba baharu ini pada 26 April 2021 menarik banyak minat, terutama terhadap varian flagship terbaru, X-Terrain yang berharga dari RM 88,599.20 hingga RM 141,938.40, telah membantu memperluaskan lagi capaian pengeluarnya kepada kelompok pengguna dan pemilik baharu trak pikap.

“Melalui rekaan kukuh dan menonjol yang ada pada model baharu ini, serta ciri keselamatan dan keselesaannya yang cemerlang dan kehalusan premium ala SUV, Isuzu D-Max X-Terrain telah menjangkau tahap baharu untuk menjadi trak pikap yang paling didambakan dalam pasaran ketika ini,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

Tonton di YouTube 👆

Walaupun bekalan D-Max terkesan teruk akibat gangguan bekalan semi-konduktor, 713 pemilik telah menerima X-Terrain baharu mereka, menjadikannya model kedua paling popular dari barisan trak pikap Isuzu Malaysia selepas varian 1.9 liter 4×4 Premium yang mencatatkan jualan 842 unit.

Pusat bandar di Lembah Klang dan Kota Kinabalu menjadi lokasi utama menyaksikan jualan tertinggi model flagship berkenaan, menyumbang lebih daripada separuh daripada angka jualan keseluruhan di negara ini.

Tonton di YouTube 👆

Varian baharu X-Terrain berkenaan telah berulang kali disifatkan sebagai trak revolusionari yang memberikan definisi baharu kepada landskap industri trak pikap, menggabungkan tahap keselesaan luar biasa, dengan kehalusan dan keselamatan dalam satu pakej yang tidak mengorbankan perwatakan trak Isuzu yang sudah sedia terkenal dengan kepelbagaian penggunaan serta boleh diharap.

Tonton di YouTube 👆

Disebabkan itu jugalah tidak menghairankan Isuzu D-Max X-Terrain ini menerima pujian daripada media automotif yang rata-ratanya terpesona dengan penawaran dan penampilan model berkenaan sebagai sebuah kenderaan moden, berkeupayaan dan sangat menyenangkan untuk dipandu.

Tonton di YouTube 👆

Dalam tempoh yang singkat sejak pelancarannya, Isuzu D-Max X-Terrain telah meraih tidak kurang daripada lima anugerah Trak Pikap Terbaik Tahunan termasuk daripada DSF.my serta dari 4 lagi media yang lain.

Dengan momentum permintaan yang semakin kuat dijangka berterusan sepanjang 2022, keutamaan Isuzu Malaysia adalah untuk memenuhi bekalan yang masih tertangguh untuk tidak mengecewakan pelanggan.

“Ramai pelanggan yang telah menunggu dengan sabar untuk penghantaran trak mereka. Kami berharap agar gangguan bekalan ini diatasi segera untuk membolehkan kami memenuhi semua permintaan trak baharu ini,” ujar Sogo.

“Sebaik sahaja bekalan pulih, kami menjangkakan akan dapat menggandakan penghantaran dan mencapai sasaran untuk menjual 8,000 unit tahun ini,” tambah beliau.

Barisan Isuzu D-Max serba baharu terdiri daripada pelbagai varian untuk memenuhi bermacam keperluan individu dan kepenggunaan, bermula dengan varian Single Cab yang menawarkan keupayaan tenaga kerja cemerlang hinggalah kepada pilihan lebih luas dengan Double Cab yang dilengkapi oleh enjin 1.9 liter atau unit 3.0 liter yang lebih berkuasa.

Previous post

BP Berpendapat Pengecasan Laju EV Mungkin Lebih Menguntungkan Daripada Menjual Petrol

Next post

Berhenti Di Lorong Kecemasan: PDRM Panggil Ahli Kelab Kereta

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *