Konsep / Lakaran / Intipan

Impian Anda Untuk Tol Tanpa Palang Mungkin Satu Kenyataan

Green Packet sedang menguji konsep Sistem Tol Aliran Bebas Tanpa Palang yang pertama di Malaysia. Multi Lane Free Flow (MLFF). M-L-F-F ya, bukan yang lagi satu tu.

Maaf bukan impian jalan tanpa tol lansung, tapi impian yang lagi satu. Impian sesetengah daripada kita yang inginkan sistem jalan bertol di beberapa negara lain yang bebas, tanpa palang.

Ya. Kita kebelakangan ini, boleh dikatakan agak terhibur dengan gelagat mereka yang bertanggung jawab dengan kutipan tol kita kan? Nak marah, nak naik angin, tak ada gunanya. Buang masa dan buang tenaga.

Sekejap kena guna RFID. Yang lain dimansuhkan. Sekejap, oh tidak, SmartTag masih boleh digunakan sambil tunggu perlaksanaan RFID 100%.

rfid stuck 2.0

Kemudian yang sudah lancar terjadi sangkut-sangkut dihari PERTAMA (15 Januari 2022) perlaksanaan RFID di tol plaza PLUS. Apalagi, haters pun berpestalah. Social media penuh dengan rakyat bersuara lantang menentang RFID dengan komen negatif seperti menyusahkan, mundur, lawak, tak guna, kroni dll. Kemudian, PLUS akan menempatkan pegawai di palang RFID di tol-tol untuk memberi bantuan jika bermasalah. Kemudian, yang terakhir, PLUS minta maaf, minta cadangan.

Ini bukan U-Turn, ini drifting, buat donut.

Tidak apa. Ada berita terbaik. Perkembangan terbaru.

Sebenarnya, sambil semua ini terungkap, sudah memang ada dalam perancangan pembangunan lebuhraya di Malaysia. Fasa seterusnya pembangunan itu adalah untuk sistem tol tanpa palang, sekaligus memudahkan lagi proses aliran kenderaan di lebuhraya tanpa perlu berhenti untuk membuat pembayaran. Tanpa berhenti mahu pun tanpa perlahan. Tanpa Touch ‘N Go, SmartTag dan tanpa RFID. Jalan jer macam biasa.

Selari dengannya, syarikat Green Packet da FETCi mengumumkan mereka akan membangunkan dan menguji konsep untuk sistem tol aliran bebas pelbagai lorong buat pertama kali di lebuh raya Malaysia.

Mereka akan melakukan ujian konsep ini di Besraya KM5.5 (Arah Utara), dan akan mengumpulkan data selama tiga bulan bermula awal tahun ini.

Green Packet mengatakan data yang dikumpulkan daripada konsep ini akan dikongsikan bersama pihak berkuasa, dan pada masa yang sama membuktikan keberkesanan sistem berkenaan di lebuh raya Malaysia.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita melihat kepada perkembangan pengenalan sistem tol aliran bebas tanpa palang di Malaysia dalam tahun-tahun akan datang.

Kita tunggu dan lihat.

Sementara itu, macam biasa, kena Touch ‘N Go, SmartTag dan atau RFID.

Slogan sebelum merdeka (bukan fakta tapi erti kata, tersangat tua/lama) … “Biar Lambat Asal Selamat”

Previous post

CNY: GoCar Tawar Diskaun 30% Untuk 'Share Round Trips'

Next post

Kenapa Semua Kenderaan Mazda Di Malaysia Menggunakan Activ-e Film Oleh ICE-μ

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *