Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Lancar Program Kustomisasi “Unica”

Program personalisasi atau kustomisasi merupakan satu cabang perniagaan yang cukup lumayan bagi pengeluar kenderaan mewah namun bagi pengeluar motosikal, ia boleh dianggap sebagai satu peluang baharu yang masih belum dimanfaatkan.

Menyedari potensi yang ada, Ducati telah melancarkan program kustomisasi mereka sendiri yang dinamakan sebagai Ducati Unica. Menerusi program ini, pelanggan setia jenama itu (juga dikenali sebagai Ducatisti) boleh mereka bentuk motosikal impian mereka sendiri.

Pelanggan yang turut serta dalam program ini akan diberi peluang untuk menyampaikan sendiri idea mereka kepada pasukan reka bentuk di studio Ducati Centro Stile, serta memilih material, kemasan, warna khas dan juga aksesori untuk motosikal mereka.

Sudah tentu, mereka juga boleh menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana jentera mereka dibina menerusi lawatan berkala yang akan diatur oleh pihak Ducati. Bukan itu sahaja, setiap fasa pembinaan, dari lakaran awal hinggalah ke majlis penyerahan, akan didokumentasikan.

Setiap unit motosikal yang dihasilkan menerusi program Unica akan didatangkan dengan sijil khas sebagai jaminan kepada pelanggan yang rekaan mereka tidak akan ditiru atau dihasilkan semula pada masa depan.

Sebagai sebuah program yang eksklusif, Ducati hanya boleh menerima sebilangan kecil permintaan untuk Unica setahun, dan hanya akan melayan permintaan yang dianggap selaras dengan nilai jenama itu.

Previous post

Had Kelajuan Dan Had Kenderaan Berat Khas Perayaan TBC 2022

Next post

Pandu Uji: Kia Carnival Generasi ke-4 - Mewah Dan Mengagumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *