Bisnes

SUV China Untung Besar Terima Kasih Kepada Kekurangan Cip

Kekurangan semikonduktor telah mendorong harga kenderaan meningkat secara menyeluruh, tetapi apabila terdapat krisis, SUV China telah menemui peluang untuk berjaya.

SUV Cina tahun 2020-an

Haval H2 di Malaysia mempunyai harga yang sangat kompetitif berbanding pesaing Jepunnya dan merupakan produk yang hebat secara keseluruhan. Dan melihat kepada rebiu daripada media di negara lain terhadap produk Haval yang lebih baharu seperti Jolion dan H6, produk syarikat itu semakin bertambah baik. Yang kita mahu tahu sekarang adalah sama ada kereta ini boleh tahan lama atau tidak. Dan itu adalah satu soalan yang mustahil untuk dijawab. Walau apapun jenama ini menawarkan pakej waranti yang terbaik dalam industri, tetapi disebaliknya, jenama kereta China cenderung untuk datang dan pergi sebelum waranti habis di pasaran tertentu. Borgward misalnya.

Tetapi melihat kepada X70 dan X50, yang merupakan SUV Cina sepenuhnya, ianya adalah tawaran yang sangat baik. Hanya dengan dua produk ini sahaja telah memulihkan nasib Proton dan walaupun sistem cukai kereta agak tidak adil dan memihak kepada harga Proton, ternyata produk itu sendiri masih menarik walaupun jika dihargakan berpatutan berbanding saingannya.

Di pasaran lain, di sebalik kemusykilan yang ada, terbukti bahawa semakin ramai pengguna memilih kenderaan China. Melihat kepada angka Great Wall Motors terkini di Australia dan New Zealand sudah cukup bukti. Syarikat itu menjual 253% lebih banyak kereta di sana dalam 11 bulan pertama 2021 berbanding yang mereka lakukan dalam 11 bulan pertama 2020! Itu adalah lebih daripada 20,000 kenderaan yang dijual di pasaran ANZ!

BHPetrol_Euro5 Diesel_2021

Mengapa SUV China Semakin Popular?

Daripada maklumat akhbar yang dikongsi, Great Wall Motors mengaitkan kejayaan mereka dengan kenderaan yang lebih baik, lebih kepelbagaian dan selamat yang dinikmati oleh pelanggan ANZ. Tahun lepas saja, Great Wall Motor mengembangkan pilihan SUV mereka dan melancarkan jenama SUV ‘TANK’ baharu.

Walau bagaimanapun, kami difahamkan, di Australia, hampir kesemua pengedar kereta Jepun di sana tidak ada kereta untuk dijual. Mereka yang ada, telah menaikkan harga mereka sebagai tindak balas kepada keadaan bekalan yang terhad. Lebih-lebih lagi, kebanyakan SUV tidak berdaya saing dari segi kualiti binaan dalaman dan peralatan.

Masuk ke sebuah pengedar kereta Cina di sana dan keadaannya lain. Mereka mempunyai kereta untuk dijual, harga kereta mereka tidak dinaikkan dan kereta mereka berasa lebih premium daripada apa yang ditawarkan kereta Jepun.

Faktor-faktor inilah yang menyebabkan syarikat yang tidak mempunyai reputasi yang diketahui boleh menjual kereta yang dipanggil “Jolion” di platform yang dipanggil “LEMON“. Hanya minggu ini, BYD melaporkan mereka menghantar SUV elektrik ke-1000 mereka di Norway. Sesuatu pencapaian yang hebat.

Previous post

Jualan Kereta Untuk Bulan November 2021 Menurun Di Malaysia

Next post

Proton Beri Diskaun Alat Ganti 20% Kepada Mangsa Banjir

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *