Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Program GoEV Tawar Pengalaman Pemanduan Kereta Elektrik

GoCar, hari ini melancarkan program GoEV untuk menawarkan lebih banyak kenderaan elektrik (EV) kepada pengguna di Malaysia.

Dalam fasa perintis ini, program GoEV boleh didapati di Lembah Klang melibatkan 25 unit kereta elektrik Nissan Leaf generasi terkini yang boleh dikongsi dan dilanggan.

Sekarang terdapat tiga zon perkongsian EV yang sudah beroperasi di lokasi-lokasi strategik dan mudah diakses iaitu hab GoCar Malaysia Petaling Jaya, MyTown Cheras dan Avenue K di KL City Centre. GoCar mensasarkan untuk menawarkan 10 lagi zon Go EV menjelang akhir tahun ini.

Program GoEV kini terbuka kepada semua pemandu berusia 18 tahun dan ke atas. Pengguna hanya perlu mendaftar sebagai ahli GoCar untuk memilih pelan GoEV Share atau GoEV Subs yang diingini.

Pilihan perkongsian yang ada buat masa sekarang hanya untuk perjalanan pergibalik (ambil dan pulangkan kereta di zon yang sama) dan penggunaan dalam jangka masa pendek – jam atau hari. Kadar bermula dari RM24.90 sejam atau RM249 sehari.

Sempena pelancaran GoEV, GoCarkini menawarkan potongan sebanyak 25 peratus ke atas semua perjalanan pergi balik GoEV Share yang ditempah sebelum 31 Januari 2022 dengan menggunakan kod promo “TRYGOEV”.

Mereka yang mahukan tempoh lebih lama untuk merasai pengalaman memandu EV boleh memilih langganan selama 36bulan pada harga RM2,299 sebulan. Kadar tersebut merangkumi cukai jalan, insurans, servis berkala dan satu kotak pengecas di rumah.

Bagi melegakan kebimbangan mengenai jarak perjalanan untuk pelanggan yang berkongsi kereta, GoCar akan menyediakan kad ChargEV secara percuma untuk setiap kenderaan. Ia membolehkan pengguna mengakses hampir 300 stesen pengecasan di seluruh negara.

Stesen pengecasan dalam zon GoEV boleh digunakan secara percuma untuk semua ahli GoCar. Manakala hab GoCar Malaysia Petaling Jaya terbuka untuk semu jenama atau model EV.

Jadual di bawah menyenaraikan kadar dan pelan untuk GoEV. Semakin lama tempoht empahan, kadar akan menjadi lebih mampu milik.

Melalui aplikasi mudah alih GoCar, pengguna boleh mendaftarkan akaun, memuatkan dokumen-dokumen yang diperlukan, memeriksa kebolehdapatan kenderaan, membuat tempahan untuk perkongsian atau langganan kereta, membuat pembayaran sepatutnya, selain mengunci dan membukak enderaan.

Yuran pra-tempahan tidak diperlukan. Namun, pelanggan perlu membayar deposit sekuriti yang akan dipulangkan kembali untuk memulakan pelan langganan.

Pelanggan digalakkan untuk mengamalkan etika perkongsian yang baik. Pelanggan yang berkongsi kereta GoEV perlu memastikan kabel pengecas disimpan dan kereta berada dalam keadaan bersih apabila dipulangkan.

Previous post

Proton Akan Akhiri 2021 Dengan Jualan Melebihi 100,000 Unit

Next post

Genesis G90 Serba Baharu Didedahkan. Bolehkah Ia Memikat Pembeli S-Class?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *