Bisnes

Proton Akan Akhiri 2021 Dengan Jualan Melebihi 100,000 Unit

Proton mengumumkan bahawa jualannya telah melepasi paras 100,000 unit untuk tahun ketiga berturut-turut.

Menurut syarikat itu, jualan keseluruhan sebanyak 14,187 unit untuk domestik dan eksport pada bulan November telah memacu jualan semasa kepada 100,566 unit.

Melihat kepada prestasi bulan November secara terperinci, jualan telah meningkat sebanyak 6.2 peratus berbanding Oktober dan 24.3 peratus jika dibandingkan dengan bulan yang sama tahun lalu., sekaligus menyebabkan jualan semasa meningkat sebanyak 4.3%.

Pegangan pasaran pula adalah dianggarkan sekitar 24.5% manakala pegangan pasaran dalam tempoh yang sama berbanding tahun lepas meningkat sebanyak 1.9% dan buat masa ini berada di paras 22.8%.

Bulan November merupakan bulan yang aktif bagi industri automotif Malaysia dengan pelancaran model-model baharu serta berita pelanjutan insentif tempoh bebas cukai yang memberikan keterujaan bagi pembeli kereta.

Proton X50 Pandu Uji

Isu bekalan komponen terus menjadi perhatian untuk semua pengilang tetapi keseluruhannya, jenama dengan jumlah unit yang mencukupi berada di kedudukan yang selesa.

Proton tidak terkecuali. Saga kembali mencatatkan kadar jualan bulanan terbaik sejak Disember 2020 dengan 5,666 unit. Ia merampas semula takhta jualan model terbaik di Malaysia yang kali terakhir dipegang pada bulan September dan kekal sebagai juara sedan segmen-A.

Tidak ketinggalan juga, X50 mencatatkan rekod penyerahan ke pelanggan yang cemerlang pada bulan lepas dengan 4,010 unit. Ia merupakan peningkatan yang baik kerana rekod tertingginya sebelum ini adalah sebanyak 3,839 unit pada bulan Oktober.

X70 juga terus berjaya mengejar jualan dengan 1,901 unit dihantar kepada pelanggan, menjadikannya lebih jauh ke hadapan dalam kelas SUV segmen-C.

Proton Iriz Active

Model Proton yang lain juga mempunyai prestasi baik seperti yang diharapkan. Exora mencatat peningkatan jualan empat bulan berturut-turut dan terus mendominasi pasaran MPV segmen-C dengan jualan sebanyak 434 unit.

Isu bekalan komponen pula terus menghantui Iriz dan Persona 2022 yang mengekang kapasiti pengeluarannya., namun masing-masing mampu meraih jualan sebanyak 642 dan 1,534 unit.

Previous post

Motosikal Elektrik VMoto Stash Buat Kemunculan Di EICMA 2021

Next post

Program GoEV Tawar Pengalaman Pemanduan Kereta Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.