Gaya Hidup

Barisan Jentera BMW M Bakal Serang Pavilion Bukit Jalil 18 Disember Ini

Sempena musim perayaan ini, BMW Malaysia, dengan kerjasama BMW M Owners Club, akan mengadakan perbarisan jentera berprestasi tinggi BMW M pada 18 Disember 2021 di Pavilion Bukit Jalil.

Acara ini juga akan menjadi titik permulaan bagi sambutan ulang tahun BMW M ke-50 yang diasaskan pada Mei 1972. Kenderaan BMW dengan prestasi tertinggi mula diperkenalkan menerusi projek perlumbaan mereka yang sulung iaitu BMW 3.0 CSL.

Ia merupakan homologasi yang dibangunkan untuk melayakkan kenderaan tersebut memasuki perlumbaan European Touring Car Championship. Hanya 1,265 unit pernah dikeluarkan. Hari ini, portfolio BMW M disanjung oleh dunia sukan permotoran.

Sebagai sebahagian daripada semangat keihsanan perayaan Krismas, kanak-kanak dari komuniti rentan yang ditempatkan di Rumah Charis akan dipelawa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sumbangan hadiah yang dihoskan oleh ahli-ahli BMW M Owners Club.

Perbarisan kenderaan BMW M ini akan dibuka untuk tatapan umum, dan para pemilik BMW M yang berminat juga boleh mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Chasing Christmas BMW M Owners Drive’, sila layari laman Instagram BMW M Owners Club di sini.

https://www.instagram.com/p/CWZ5jjwpYuu/?utm_source=ig_web_copy_link
Previous post

Pengeluaran Peugeot 2008 CKD Di Gurun Kini Bermula

Next post

BMW Concept XM Pratonton BMW M Hybrid Yang Akan Datang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *