Berita Auto

Honda Malaysia Lancar Barisan Minyak Enjin SP Grade

Honda Malaysia baru-baru ini memperkenalkan barisan minyak enjin baharu iaitu SP Grade, yang dibangunkan khas untuk memberikan perlindungan dan prestasi enjin yang optima untuk pemilik Honda.

Menurut syarikat itu, minyak enjin SP Grade boleh memenuhi keperluan enjin masa kini dan ia membolehkan enjin Honda memberikan prestasi yang stabil dan kecekapan bahan api yang lebih baik, di samping memanjangkan jangka hayat enjin.

Minyak enjin SP Grade akan menggantikan rangkaian SN Grade kecuali untuk SN 0W-30 Fully-Synthetic yang akan terus ditawarkan untuk model dengan enjin berprestasi tinggi seperti Civic Type R.

Berikut adalah senarai minyak enjin SP Grade:

Sesuai untuk digunakan pada kebanyakan enjin petrol dan turbo, minyak enjin SP Grade diluluskan dan disyorkan oleh Honda Research & Development (R&D). Ia diformulasikan untuk memenuhi semua keperluan enjin Honda dan memenuhi piawaian terkini yang dikeluarkan oleh American Petroleum Institute (API).

Selain itu, minyak enjin SP Grade juga meningkatkan perlindungan terhadap pra-pencucuhan kelajuan rendah (LSPI), fenomena pembakaran tidak normal yang boleh menyebabkan kerosakan pada enjin. Ia turut didatangkan dengan perlindungan kehausan rantai sawat pemasa bagi meminimumkan pemanjangannya.

Honda City Hatchback V

Di samping perlindungan mendapan suhu tinggi untuk omboh dan pengecas turbo, ia juga menyediakan kawalan enapcemar dan varnis yang lebih baik, perlindungan kehausan tren injap, kestabilan pengoksidaan yang lebih tinggi dan juga perlindungan sistem kawalan emisi.

Akhir sekali, penggunaan minyak berkelikatan rendah seperti SP 0W-20 Fully-Synthetic membolehkan enjin memaksimumkan kecekapannya sambil memberikan perlindungan terhadap komponen utama.

Previous post

SUV Kompak China, GAC GS3 Dilancarkan Di Malaysia

Next post

Butiran Pakej Bantuan Banjir Porsche Diumumkan Untuk Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *