Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Geely Xingyue L Thor Hi-X Hadir Dengan Enjin Hibrid Baharu

Geely telah memperkenalkan satu lagi SUV ke barisan modelnya untuk pasaran China. Dikenali secara rasmi sebagai Xingyue L Thor Hi-X, model baharu ini secara asasnya adalah versi hibrid kepada Xingyue L, dengan penggayaan yang sedikit berbeza dan sudah tentu, trenkuasa hibrid baharu.

Bagi menjadikan ia lebih menonjol berbanding versi petrol itu, Xingyue L Thor Hi-X tampil dengan gril rekaan baharu yang tampak seperti tertutup sepenuhnya, di samping mempunyai grafik dan logo bercahaya. Rekaan bamparnya dikekalkan, cuma ia kini mempunyai panel yang didatangkan dalam warna yang sama dengan badan.

Selain jalur krom pada bahagian bawah bampar yang kini berwarna hitam, bahagian belakang SUV ini kelihatan sama sahaja. Melengkapkan penampilan segarnya adalah rim aloi dwi-tona.

Geely Xingyue L Thor Hi-X

Tidak seperti Xingyue L yang mempunyai kabin bertemakan warna gelap, bahagian dalaman versi Hi-X ini mendapat upholsteri putih biru yang menjadikan keseluruhan ruang ini terasa lebih terang dan luas. Bagaimanapun, dari segi kelengkapan, ia dijangka hadir dengan ciri-ciri yang sama, antaranya termasuklah sistem kokpit pintar yang merangkumi empat skrin, dua skrin infohibur, panel instrumen digital dan paparan head-up Augmented Reality berukuran 25.6 inci.

Semuanya diuruskan oleh sistem operasi Geely Galaxy yang mempunyai ciri-ciri seperti kemaskini melalui udara (Over-The-Air) dan sistem pemetaan Huawei HiCar.

Geely Xingyue L Thor Hi-X

Terletak di bawah bonet adalah trenkuasa hibrid modular ‘Hi-X’ yang dibangunkan oleh jenama trenkuasa Geely iaitu Leishen Power. Ia menggabungkan enjin petrol DHE15 1.5-liter turbo empat silinder dan sebuah motor elektrik yang mana menurut syarikat itu mampu menjana kuasa maksimum 475 kW.

Enjin tersebut, yang menghasilkan 150 hp dan 225 Nm, ditugaskan untuk mengecas bateri namun ia sebenarnya tidak memacu roda. Juga sebahagian daripada trenkuasa ini adalah transmisi Dedicated Hybrid Transmission tiga kelajuan yang juga dikenali sebagai DHT Pro. Ia mempunyai dua motor elektrik dan dikatakan mampu menampung kuasa kilas sehingga 4,920 Nm.

Geely Xingyue L Thor Hi-X

Jumlah kuasa keseluruhan yang dihasilkan tidak diberitahu namun Xingyue L Thor Hi-X mempunyai kuasa yang cukup untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.9 saat. Angka-angka lain termasuklah jarak pemanduan hibrid sejauh 1,300 km, tahap kecekapan bahan api 4.3 liter bagi setiap 100 km dan kecekapan thermal 43.32 peratus.

Previous post

Kereta Elektrik Mungkin Tidak Sehijau Yang Anda Sangka

Next post

Peraduan Toyota Dream Car Art Ke-15 Bermula 1 Januari 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *