Insuran / WarantiKemalangan / Malapetaka / Recall

Banjir Melanda Dan Anda Terkesan Tetapi Tidak Tahu Cara Claim?

Nasib anda kurang baik kali ini dan sayangnya, kereta anda di tenggelami air banjir semasa banjir teruk baru-baru ini.

Tetapi anda tidak berasa terlalu risau kerana anda bijak, anda ada perlindungan insuran banjir, tanah runtuh dll dibawah naungan Special Perils. Masalahnya anda tidak tahu macam mana nak buat tuntutan. Yang usruskan insuran kereta anda ialah setiausaha anda tetapi dia sibuk dirumahnya sendiri mencuci lumpur dari banjir yang melanda rumahnya.

Tidak apa. Tak payah kacau dia. Anda boleh mengurusnya sendiri. Senang jer.

Ini cara-caranya:

1. Jika kenderaan anda rosak teruk dilanda air banjir, ambik gambar. Luar dalam. Untuk bukti.

2. Kemudian cari cover-note insurance anda. Pastikan syarikat insuran mana yang anda telah beli.

3. Dapatkan nombor talipon hotline general insuran atau takaful anda itu dan anda hanya perlu talipon mereka.

4. Syarikat Takaful atau insuran anda itu akan mengambil butiran anda dan insuran anda dan selepas membuat pengesahan mereka akan memberi tahu anda apa yang perlu dilakukan.

5. Syarikat Takaful atau insuran anda itu akan mebuat janji temu dengan anda untuk menunda kereta anda.  

6. Kereta yang dilanda banjir akan dibaikpulih oleh syarikat panel insuran atau takaful mereka sendiri.

Banjir-Dis-2021-5.0


Peringatan, perlindungan banjir ni hanya boleh dituntut jika anda dibawah perlindungan Special Perils. Andai kata tiada perlindungan ini maka anda kenalah membaikinya sendiri.


Jika anda ada perlindungan Special Perils, anda boleh terus hubungi syarikat insuran atau takaful anda.

Antara maklumat kontak syarikat general insuran / takaful utama (senarai syarikat insuran & takaful Bank Negara) adalah seperti berikut:

SYARIKAT INSURANS & PENGENDALI TAKAFUL

Perniagaan Insurans Am
No.NamaPemilikan
AIA General BerhadF
AIG Malaysia Insurance BerhadF
Allianz General Insurance Company (Malaysia) BerhadF
AmGeneral Insurance BerhadL
AXA Affin General Insurance BerhadL
Berjaya Sompo Insurance BerhadF
Chubb Insurance Malaysia BerhadF
Danajamin Nasional BerhadL
Etiqa General Insurance BerhadL
Great Eastern General Insurance (Malaysia) BerhadF
Liberty Insurance BerhadF
Lonpac Insurance BerhadL
MPI Generali Insurans BerhadL
MSIG Insurance (Malaysia) BhdF
Pacific & Orient Insurance Co. BerhadL
Pacific Insurance BerhadF
Progressive Insurance BerhadL
QBE Insurance (Malaysia) BerhadF
RHB Insurance BerhadL
Tokio Marine Insurance (Malaysia) BerhadF
Tune Insurance Malaysia BerhadL
Zurich General Insurance Malaysia BerhadF
Pengendali Takaful
No.NamePemilikan
AIA PUBLIC Takaful BhdF
AmMetLife Takaful BerhadL
Etiqa Family Takaful BerhadL
Etiqa General Takaful BerhadL
FWD Takaful BerhadL
Great Eastern Takaful BerhadF
Hong Leong MSIG Takaful BerhadL
Prudential BSN Takaful BerhadL
Sun Life Malaysia Takaful BerhadL
Syarikat Takaful Malaysia Am BerhadL
Syarikat Takaful Malaysia Keluarga BerhadL
Takaful Ikhlas Family BerhadL
Takaful Ikhlas General BerhadL
Zurich General Takaful Malaysia BerhadF
Zurich Takaful Malaysia BerhadF

Kepada yang ada perlindungan Special Perils, jangan bimbang, jangan risau. Bantuan sedia menanti. Sekarang anda sekeluarga boleh ke rumah setiausaha anda untuk membantunya mencuci.

Yang tidak ada perlindungan, tunngu apa lagi. Berhubung segera dengan syarikat insuran atau takaful anda dan berbincang dengan mereka.

Previous post

Tan Chong Panggil Semula Nissan X-Trail Hybrid

Next post

Allianz General Segera Membantu Pelanggan Mereka yang Dilanda Banjir

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.