Kemalangan / Rosak / Recall

Banjir: GoCar Tawar Diskaun Alat Ganti, Kereta Percuma

GoCar mengumumkan program bantuan banjir menerusi perkhidmatan GoCar Garage untuk mereka yang memerlukan servis dan penyelenggaraan kereta, bermula sekarang hingga 31 Januari 2022.

Menerusi program ini, GoCar Garage menawarkan diskaun 25 peratus ke atas alat ganti dan kos buruh. Bagi meringankan lagi beban mereka yang terjejas dengan banjir baru-baru ini, GoCar turut menawarkan penggunaan kenderaan GoCar Share secara percuma sehingga 14 hari sementara kenderaan pelanggan berada di pusat servis.

Selain itu, mereka yang memerlukan kenderaan untuk tempoh masa yang lebih lama boleh melanggan kenderaan GoCar Subs dengan diskaun 50 peratus. Kedua-dua pilihan adalah tertakluk kepada ketersediaan dan hanya untuk pelanggan yang mendaftar program bantuan banjir GoCar.

Tawaran ini adalah untuk semua kenderaan penumpang semua jenama dan model, termasuk pikap trak. Bagaimanapun, ia hanya tersedia di pusat servis GoCar Garage PJ. GoCar akan membantu menyelaraskan perkhidmatan tunda ke bengkel jika perlu.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang juga pengguna Maybank boleh memanfaatkan Maybank Ezy Payment Plan untuk pembayaran secara ansuran bulanan bagi kerja-kerja servis dan penyelenggaraan.

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, “Kami berharap program bantuan banjir ini akan membantu memberikan sedikit kelegaan dan penjimatan tambahan kepada pelanggan kami dan mereka yang memerlukan servis dan penyelenggaraan kereta yang berkualiti.”

“Pelanggan juga boleh yakin dengan perkhidmatan terbaik bertahap OEM dan juruteknik terlatih,” tambah beliau.

Previous post

Millenium Welt Bakal Buka Pusat 4S BMW Di Seremban

Next post

Ada Atau Tidak Insuran Banjir - Anda Boleh Tuntut Bantuan!!!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *