Berita Auto

Aston Martin Vantage Edisi ‘The Hunter’ Di Malaysia

Aston Martin Kuala Lumpur telah membawa masuk beberapa model edisi kustom sejak beberapa tahun yang lalu. Setakat ini, syarikat itu pernah melancarkan DBS Superleggera Pentland Green, DBX Intrepid Aura dan DBX Arden Green. Pada November tahun lalu, syarikat itu melancarkan Vantage Dark Knight.

Sebagai penutup tirai tahun ini, Aston Martin Kuala Lumpur memberikan Vantage warna baharu China Grey dan menamakannya sebagai edisi ‘The Hunter’.

Apa yang menarik, ini merupakan Vantage pertama yang didatangkan dalam warna China Grey di Malaysia. Ia dipadankan dengan kemasan gelap pada gril hadapan, lubang udara pada bonet, cermin sisi, panel bumbung, keliling tingkap dan diffuser belakang. Melengkapkan imejnya adalah rim 21 inci berwarna Satin Black.

Ruang dalaman pula dihiasi dengan campuran warna Onyx Black dan Chancellor Red, serta kemasan Dark Satin Chrome sebagai sentuhan eksklusif. Kelengkapan lain adalah sama seperti yang terdapat pada versi standard, iaitu sistem audio Aston Martin, skrin LCD berukuran lapan inci, paddle shifter dan butang pemilih gear yang disusun di atas konsol tengah.

Kuasa masih lagi dibekalkan oleh enjin 4.0-liter twin-turbo V8 buatan Mercedes-AMG yang menghasilkan 510 PS pada 6,000 rpm dan 685 Nm dari 2,000 hingga 5,000 rpm. Ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.5 saat dengan bantuan daripada transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan roda belakang.

Aston Martin Vantage edisi ‘The Hunter’ dijual pada harga RM880,000 (tidak termasuk duti dan cukai), RM202,000 lebih tinggi berbanding versi standard. Ia didatangkan dengan waranti selama lima tahun dan pelan servis.

Previous post

Mengapa Kami Rasa RFID Mandatori Di PLUS BUKAN Idea Yang Baik

Next post

SsangYong Bergabung Dengan BYD Auto Untuk Membangunkan Bateri EV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *