Berita Auto

Anda Mahu Beli Perodua Tapi Bertahan Kerana Kempunan Apple Car Play

Well, good news! Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad semasa sesi pandu media Myvi facelift di Johor Bahru baru-baru ini dilapurkan berkata bahawa Perodua akan sertakan Apple CarPlay dengan kereta keluaran mereka bermula 2022.

Ya, sehingga kini, Perodua TIDAK menggunakan sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto walaupun hampir kesemua jenama lain di pasaran menyediakannya dengan model keluaran terkini mereka.

Perodua kini mempertimbangkan untuk menyertakan Apple CarPlay dengan model keluaran terbaharu mereka termasuk Alza baharu pada tahun depan. Kami difahamkan, MPV kompak Perodua semasa itu adalah keluaran terakhir di mana produksinya akan dihentikan pada Januari 2022.

Pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2021, kami akhirnya dapat melihat apa yang dijangka menjadi pengganti kepada Alza semasa dalam bentuk Daihatsu XENIA baharu.

Kami berpendapat Daihatsu XENIA mungkin adalah previu yang lebih tepat kepada yang akan datang. Ia juga popular. Di Indonesia, XENIA ialah kenderaan Daihatsu paling popular yang dijual dengan hampir 700,000 unit terjual dan ia berasaskan kepada Avanza yang keluar. Perodua Alza versi Daihatsu dipanggil Boon Luminas, dan ia tidak dijual di Indonesia.

Ramai yang teruja dengan kemungkinan kehadiran Apple CarPlay dan Android Auto akhirnya pada kereta Perodua kerana ianya satu ciri yang sungguh memudahkan. Dengan Apple CarPlay dan/atau Android Auto anda dapat mencerminkan kebanyakkan aplikasi telefon pintar anda kedalam sistem infotainment kereta anda seperti aplikasi-aplikasi navigasi, musik, podcast, messaging, kalendar dan banyak lagi. Tentu sekali, anda boleh membuat / menerima pesanan dan panggilan telefon. Ada juga ciri yang boleh menyetat kereta anda.

Menurut laman web Apple , kebanyakan pengeluar kenderaan utama mula menggunakan CarPlay sejak March 10, 2014, 7 tahun yang lalu. Sudah tiba masanya Perodua untuk mula  menggabungkan ciri ini kedalam kenderaan mereka. Ini sudah pasti akan meningkatkan lagi nilai dan daya tarikkan kenderaan Perodua terutama sekali kepada warga milineal dan seterusnya negara kita.

Kita yang tua, juga akan turut teruja menumpang kemudahan dan kesenangan yang bakal ditawarkannya dengan teknologi ini.

Previous post

Confirm! Opel TIDAK Akan Kembali Ke Malaysia Dalam Masa Terdekat Ini

Next post

Diskaun 80% Kompaun Saman Disambung Sehingga 31 Disember 2021

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *