Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Ego Gear Baharu Dilancarkan Pada Harga RM5,418

Selepas Yamaha MT-09, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini melancarkan pula model skuter baharu iaitu Yamaha Ego Gear. Boleh didapati dalam warna perak, merah dan biru, model ini dijual pada harga RM5,418.62 tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

Ego Gear dikuasakan oleh enjin BlueCore silinder tunggal bersesaran 125 cc dengan teknologi Smart Motor Generator (SMG) yang menghasilkan 9.4 hp pada 8,000 rpm dan 9.6 Nm tork pada 5,500 rpm. Selain penunjuk Eco-Mode, ia juga dilengkapi dengan sistem henti mula untuk prestasi yang lebih menjimatkan.

Dari segi kelengkapan, Ego Gear didatangkan dengan lampu LED dan lampu kecemasan pada bahagian hadapan, serta panel meter multi-fungsi moden yang boleh dilihat dengan jelas dalam setiap keadaan cuaca. Terdapat juga papan lantai anti gelincir yang lebar dan tempat letak kaki mesra kanak-kanak di belakang.

Selain itu, ia menggunakan rim 14 inci yang dibalut tayar tanpa tiub berukuran 70/90 di hadapan dan 90/80 belakang. Sistem brek pula terdiri daripada cakera hidraulik di hadapan dan gelendong di belakang, manakala bahan api berkapasiti 4.2 liter.

Ego Gear boleh didapati di semua wakil pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula pertengahan bulan ini. Setiap pembelian didatangkan dengan brek cakera secara percuma.

Previous post

Subaru Solterra Semua-Elektrik Didedahkan Sepenuhnya

Next post

Kia Akan Jual EV Sahaja Di Eropah Menjelang 2035

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *