Berita Auto

Volvo XC60 Facelift Tiba Di Malaysia – Harga Dari RM292,466

Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan Volvo XC60 versi facelift yang hadir dengan rekaan baharu, ciri keselamatan tambahan dan integrasi teknologi bersama Google Services.

SUV mewah ini boleh didapati dalam dua varian iaitu XC60 B5 Momentum dan XC60 Recharge T8 Inscription Plus. Harga jualan tanpa insurans (selepas pengecualian cukai) bermula dari RM292,466.50 untuk B5 Momentum dan RM325,649.40 untuk Recharge T8.

Volvo XC60 Facelift

Dari segi penampilan, rekaan ala Scandinavia XC60 facelift diserlahkan lagi dengan gril dan bampar hadapan baharu, serta pilihan warna baharu. Bagi varian Recharge T8, ia hadir dengan rim aloi mutiara hitam berukuran 19 inci dan sistem audio Bowers and Wilkins.

Sistem infohibur pada XC60 kini menampilkan Google Services yang dibangunkan menggunakan Android Automotive OS. Pakej ini merangkumi Google Assistance untuk sistem navigasi Google Maps yang membolehkan pemandu menggunakan arahan suara untuk menetapkan arah navigasi dan banyak lagi.

Selain itu, aplikasi Volvo Car dan Connected Services membolehkan pemilik memeriksa status kenderaan, mengunci atau membukan pintu, menghidupkan sistem pendingin hawa dan banyak lagi menerusi telefon pintar.

Seperti sebelum ini, XC60 Recharge T8 dikuasakan oleh enjin Drive-E 2.0-liter empat silinder dengan pengecas turbo dan supercharger yang menghasilkan 407 hp dan 640 Nm, di mana 87 hp dan 240 Nm datang daripada bateri. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.3 saat dan mencapai tahap penggunaan bahan api serendah 2.2 liter/100 km.

Volvo XC60 Facelift

Sementara itu, varian B5 Momentum pula menampilkan enjin turbo 2.0-liter empat silinder mild-hybrid dengan 249 hp dan 350 Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa menerusi sistem pacuan semua roda. Masa pecutan 0-100 km/j adalah 6.9 saat manakala tahap penggunaan bahan api adalah 7.6 liter/100 km.

Dari segi keselamatan, kedua-dua varian didatangkan standard dengan sistem Intellisafe yang merangkumi ciri-ciri seperti City Safety, Front & Rear Collision Warning & Mitigation Support, Driver Alert Control, Lane Keeping Aid. Run-Off Road Mitigation with Road Edge Detection, Oncoming Lane Mitigation, Blind Spot Information System with Steer Assist, Cross Traffic Alert with Auto Brake dan banyak lagi.

Volvo XC60 Facelift
Previous post

Kia Niro Serba Baharu Diperkenalkan Sebagai Kenderaan Mobiliti Mampan

Next post

Trak Tugas Berat MAN TGS Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *