Kemalangan / Rosak / Recall

Pesawat Hawk TUDM Terhempas Di Butterworth

Sebuah pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan landasan Pengkalan Udara Butterworth di Pulau Pinang, malam tadi (16 November 2021).

TUDM dalam satu kenyataan berkata insiden kemalangan itu berlaku pada lebih kurang jam 10.07 malam ketika sedang melaksanakan ujian penerbangan malam (night flying).

Mangsa yang terkorban adalah Kapten Mohammad Affendi bin Bustamy, manakala seorang lagi mangsa iaitu Mejar Mohd Fareez bin Omar cedera. Beliau dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.

“Kedua-dua juruterbang telah berkahwin. Keluarga kedua-dua juruterbang tersebut telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan,” katanya.

Sementara itu, TUDM mengesahkan ia kini sedang mengambil tindakan segera serta akan menubuhkan Lembaga Siasatan Terperinci mengenai insiden ini.

Semua diminta untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih.

Previous post

Beli Vespa Dengan Pelan Pembayaran Mudah 0% Di Dreamshop

Next post

Adakah Perodua Akan Melancarkan Kereta Elektrik Di Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *