Berita Auto

Perbaharui Insurans Kereta Tanpa Faedah Secara Dalam Talian Di Dreamshop

Platform e-dagang Dreamshop.com.my dan syarikat startup teknologi insurans PolicyStreet.com melancarkan ‘Car Insurance Made Easy’ yang menawarkan insuran Pelan Pembayaran Ansuran kereta 0% tanpa-faedah dengan 10 syarikat insurans menerusi 10 bank utama di Malaysia.

Menerusi kemudahan ini, pelanggan boleh membandingkan sebut harga daripada syarikat insurans, serta membeli, memperbaharui dan membayar insurans kereta, semuanya secara atas talian.

10 syarikat insurans kereta komprehensif yang tersedia di Dreamshop.com.my adalah seperti berikut:

  • AXA Affin General Insurance Berhad
  • Berjaya Sompo Insurance Bhd
  • Tune Protect Group Berhad
  • Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
  • Pacific & Orient Insurance Co. Bhd
  • Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
  • MSIG Insurance Berhad
  • RHB Insurance Berhad
  • Zurich General Insurance Malaysia Berhad
  • Etiqa General Takaful Berhad

‘Car Insurance Made Easy’ membolehkan pemilik kenderaan persendirian memperbaharui dan mendapatkan nota perlindungan insurans mereka dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja.

Motor-Insurance-Fraud-Allianz-Road-Rangers-3.0

Sebagai perkhidmatan tambahan, pelanggan juga boleh memilih pembaharuan cukai jalan pada kadar rata melalui platform insurans kereta dan salinan fizikal akan dihantar kepada mereka.

10 bank yang menawarkan Pelan Pembayaran Ansuran 0% tanpa faedah di Dreamshop.com.my adalah:

  • Malayan Banking Bhd
  • United Overseas Bank (M) Bhd
  • CIMB Bank Bhd
  • HSBC Bank Malaysia Bhd
  • Hong Leong Bank Bhd
  • Public Bank Bhd
  • RHB Bank Bhd
  • AmBank (M) Bhd
  • Standard Chartered Bank
  • OCBC Bank (Malaysia) Bhd

Selain itu, ‘Car Insurance Made Easy’ juga menerima kad kredit daripada kebanyakan bank-bank utama di Malaysia. Bayaran minimum untuk 6 bulan ialah RM500 (kecuali CIMB RM600), manakala bayaran minimum untuk 12 bulan ialah RM1,000 (kecuali CIMB RM1,200). Sila rujuk senarai penuh di bawah:

BankTempoh Pembayaran / Pegangan
Maybank6 atau 12 bulan
HSBC6 atau 12 bulan
OCBC Bank6 atau 12 bulan
Hong Leong Bank6 atau 12 bulan
Public Bank6, 12, 24 atau 36 bulan
AmBank6, 12, 24 atau 36 bulan
RHB Bank6, 12, 24 atau 36 bulan
CIMB Bank6 atau 12 bulan
UOB BankAkan Datang sehingga 12 bulan
Standard Chartered Bank6, 12, 24 atau 36 bulan
Previous post

Yamaha MT-09 Baharu Kini Di Malaysia - RM54,998

Next post

Acura Integra Prototype Didedahkan Secara Rasmi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *